ORANG ADA DUIT SAJA MEMINJAM DI ARRAHNU

ORANG ADA DUIT SAJA MEMINJAM DI ARRAHNU

Beli emas maksudnya bukan perabis duit tapi lebih kepada simpan duit. Emas itu sendiri adalah duit.

Kalau nak pakai duit, kita boleh samada jual atau pajak sahaja emas-emas itu untuk dapatkan wang tunai dengan kadar segera.

Sesiapa yang simpan emas, dia tak perlu lagi buat ๐™‹๐™š๐™ง๐™จ๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก ๐™‡๐™ค๐™–๐™ฃ (Pinjaman Peribadi) bila nak pakai duit.

Pajak atau gadai saja emas di arrahnu untuk dapatkan pinjaman tunai segera bercagarkan emas.

Prosesnya ๐™ข๐™ช๐™™๐™–๐™, ๐™˜๐™š๐™ฅ๐™–๐™ฉ, dan boleh dapat pinjaman tunai ๐™ค๐™ฃ ๐™ฉ๐™๐™š ๐™จ๐™ฅ๐™ค๐™ฉ!

Ianya disahkan patuh syariah bagi gadaian yang dibuat di institusi ar-rahnu.

Timbul persoalan, bagaimana cara nak pajak emas?

1) ๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฝ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป,
2) ๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น (๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฝ๐—ผ๐—ฟ๐˜)
3) ๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐˜ ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น (๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ป๐˜‚),

Persepsi Pajak Emas Sudah pun Berubah.

Zaman dulu, orang rasa malu nak ke pajak gadai (iaitu sebelum wujudnya institusi arrahnu). Ia menggambarkan orang itu sedang terdesak dan kesempitan wang. Ia sesuatu yang mengaibkan.

Tapi zaman sudah pun berubah!

Sekarang ini, pergi ke arrahnu bukan lagi sesuatu yang mengaibkan. Ia menunjukkan seseorang itu adalah penyimpan emas.

Orang itu ada duit, tetapi duitnya disimpan dalam bentuk emas samada emas perhiasan ataupun emas pelaburan seperti gold bar ataupun syiling emas (dinar).

Hanya orang ยดberduitยดsahaja boleh dapatkan tunai segera di arrahnu. Tak perlu segan untuk pajak emas kita di arrahnu bila perlukan wang segera.

Kalau tak ada โ€˜duitโ€™ yang disimpan dalam bentuk emas, tempatnya bukan ke arrahnu. Sebaliknya kena ke kaunter bank untuk dapatkan Personal Loan.

Perlu serahkan pelbagai dokumen dan tunggu beberapa hari ataupun beberapa minggu barulah dapat wang pinjaman tersebut daripada pihak bank.

Kalau bernasib baik, dapat pinjaman. Kalau tak bernasib baik, tak dapat pinjaman. Ia bergantung kepada penilaian bank atas kemampuan kita untuk membayar semula pinjaman tersebut.

๐˜ผ๐™™๐™– ๐™š๐™ข๐™–๐™จ ๐™ข๐™š๐™ข๐™—๐™š๐™ง๐™ž ๐™ข๐™–๐™ ๐™จ๐™ช๐™™ ๐™†๐™„๐™๐˜ผ ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐˜ฟ๐™๐™„๐™

Bagi sesiapa yang simpan emas, tak perlu lagi buat ๐™‹๐™š๐™ง๐™จ๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก ๐™‡๐™ค๐™–๐™ฃ dan tunggu kelulusan daripada pihak bank.

Sebaliknya pajak sahaja emas yang disimpan sebelum ini untuk dapatkan pinjaman tunai segera. Asalkan emas yang dicagarkan itu tulen dan tidak bermasalah, pasti akan diberikan pinjaman ๐™ค๐™ฃ ๐™ฉ๐™๐™š ๐™จ๐™ฅ๐™ค๐™ฉ!

Ya, ๐™ค๐™ฃ ๐™ฉ๐™๐™š ๐™จ๐™ฅ๐™ค๐™ฉ! Tak perlu tunggu beberapa hari untuk kelulusan. Bahkan dalam tempoh 10 โ€“ 15 minit pun sudah boleh dapat pinjaman tunai bercagarkan emas.

Arranhu adalah pinjaman yang selamat. Selamat bagi pihak arrahnu sebab mendapat cagaran dalam bentuk emas yang lebih mahal dari jumlah pinjaman yang diberikan.

Dan ia juga selamat bagi penyimpan emas sebab pinjaman itu dibackup dengan simpanan emas itu sendiri.

Kalau tak mampu tebus, jual sahaja emas itu dengan cara โ€œjual surat pajakโ€. Tak ada risiko terjerat dengan masalah hutang!

๐˜ผ๐™ง๐™ง๐™–๐™๐™ฃ๐™ช – Pinjaman Ideal Jangka Pendek

Dan apa yang menariknya juga ialah tempoh pinjaman yang sangat fleksibel. Ia sangat ideal bagi yang nak buat pinjaman jangka pendek.

Kalau Pinjaman Peribadi, tempoh minimum pinjaman biasanya adalah 1 tahun. Tapi kalau arrahnu, nak pinjam sehari pun boleh.

Ada arrahnu kenakan caj mengikut tempoh mininum 1 bulan, dan ada yang dua (2) minggu, bahkan ada juga cajnya mengikut harian.

Kalau pajak di Pos ArRahnu, tempoh minimum caj yang dikenakan ialah 2 minggu. Kalau pajak sehari pun, cajnya dikira untuk dua minggu pertama, dan selebihnya dikira mengikut harian.

๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™–๐™ก ๐™‹๐™š๐™ง๐™จ๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก ๐™‡๐™ค๐™–๐™ฃ!

Banyak ๐™›๐™š๐™š๐™™๐™—๐™–๐™˜๐™  yang saya terima, mereka yang selalu buat Pinjaman Peribadi setiap kali nak pakai duit, bila sangat memerlukan akhirnya tidak perlukan lagi pinjaman peribadi tersebut setelah mulakan tabiat menyimpan emas.

Bila simpan emas, maksudnya kita simpan duit. Ada emas, maksudnya ada duit. Cuma duit disimpan dengan cara yang lebih baik kerana ia diikat pada aset yang terjamin nilainya iaitu emas.

Akhir sekali, ada perkara menarik tentang tabiat mereka yang pajak emas berbanding yang buat ๐™‹๐™š๐™ง๐™จ๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ก ๐™‡๐™ค๐™–๐™ฃ.

Perbezaan Sikap Terhadap Hutang

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, mereka yang pajak emas, mereka tak akan pajak emas tersebut kecuali kalau ada hal yang benar-benar mustahak sahaja.

๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ, apabila buat pinjaman, mereka pinjam dalam jumlah sekadar yang benar-benar diperlukan sahaja.

Kalau perlukan RM5,000, maka dia akan dapatkan pinjaman cukup-cukup RM5,000 dan mencagarkan beberapa keping emas hanya sekadar cukup mendapat pinjaman sebanyak itu. Kalau pinjam lebih banyak, cajnya lebih mahal.

๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ, mereka akan melunaskan pinjaman secepat mungkin!

Walaupun tempoh yang diberikan selama 6 bulan, tetapi bila ada duit, mereka akan bayar cepat-cepat.

Jadi bagi pemajak atau pengadai, mereka akan bayarnya secepat mungkin untuk dapatkan penjimatan pada caj pinjaman.

Selain itu juga, mereka akan memastikan emas-emas kesayangan yang dicagarkan itu dapat semula ditangan!

Walaupun pinjaman arrahnu adalah hutang, tapi hutang begini hutang yang selamat dan sihat sebab tidak ada sebarang risiko terjerat dengan masalah hutang seperti hutang-hutang yang lain, insyaAllah.

Hutang itu telahpun dijamin oleh harta kita yang sedia ada, bukan dicagarkan dengan slip gaji i.e. pendapatan masa depan!

Begitulah
๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ก๐—ฎ๐˜‡๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฒ๐—ฒ๐—ป 06.10.2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *