KAYA ATAU MISKIN?

KAYA ATAU MISKIN?

Masyarakat kita terutama orang Melayu (Islam) kalau kaya pasti akan dikaitkan dengan jahat dan miskin adalah baik. Itulah konflik yang selalu bermain difikiran kita sebagai Melayu muslim di Malaysia.

Kalau dalam TV (drama), orang kaya selalunya sinonim dengan watak jahat, lupa diri, tamak dan sebagainya.

Dengan itu, kita terpengaruh dan tak nak jadi kaya tapi dalam pada masa yang sama kita juga tak nak hidup miskin.

Ditambahkan lagi bila dengar ceramah agama, kita diingatkan ancaman bagi mereka yang “kejar dunia hingga lupa akhirat”. Daripada situ kita jadi takut nak “kejar dunia” untuk menjadi kaya.

Bahkan ada yang sampai berfikiran hidup miskin itu adalah lebih baik, kononnya miskin itulah maksud sebenar “zuhud”.

Adakah miskin itu Zuhud?

Daripada ilmu yang saya pelajari dari guru-guru agama, zuhud itu bukan bermaksud kita kena miskin. Zuhud bukan persoalan zahir tapi ia persoalan batin (hati). Hati yang tidak terikat dengan dunia.

Secara zahir mungkin zuhud dan miskin nampak sama, tapi hakikat sebenar kedua-duanya jauh berbeza.

Secara mudah untuk kita memahaminya adalah, orang miskin mahukan dunia, tetapi dunia tidak datang kepadanya.

Manakala bagi orang yang zuhud mereka tidak “tergila-gilakan” dunia, tetapi dunia datang kepadanya.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu berusaha untuk menjadi kaya. Kita genggamlah kekayaan sebanyaknya sebagai “alat” memudahkan keperluan hidup dan agama kita.

Tetapi janganlah sehingga kekayaan itu bertukar menjadi “matlamat” hidup yang akan merisaukan dan menyusahkan hidup kita kelak.

Dunia hanyalah sebagai alat untuk kita capai matlamat akhir kita iaitu akhirat.

Persoalan; Kaya atau Miskin, mana lebih baik?
Anda jawablah didalam hati..

Begitulah,
Khaja Nazimudeen (15.09.2020)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *