1. Soal Keselamatan
Simpan duit didalam bank, keselamatan simpanan duit kita itu tercela disebabkan prosedur – prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak institusi perbankan. Pelbagai caj dikenakan (bergantung institusi perbankan).
2. Soal Perlindungan
Simpan duit dalam bank tapi akhirnya nilai duit kita semakin berkurangan disebabkan INFLASI. Emas dapat menjadi pelindung nilai kekayaan kita daripada di makan inflasi. Emas adalah logam yang kalis inflasi.
3) Kecairan Tunai Mudah
Kecairan emas adalah mudah berbanding rumah dan tanah. Emas tidak perlukan masa yang lama untuk ditukarkan kepada tunai samaada jual atau pajakkan saja.
4) Pusingan Modal Niaga
Emas mudah digunakan untuk pusingan modal niaga. Kita boleh gunakan emas sebagai sandaran untuk pinjaman jangkapendek dan tidak melalui prosedur yang rumit seperti pinjaman bank.
5) Aset Mampu Dimiliki
Emas adalah aset yang bernilai dan ia adalah logam yang kekal menyimpan nilai. Dan ia mudah untuk dimiliki berbanding aset rumah dan tanah. Emas boleh dibeli dan dikumpul secara kecil-kecilan. Bila dah banyak baru ditukar kepada aset yang lebih besar (rumah/tanah).
6) Pemilikan Sendiri
Emas adalah aset pemilikan yang mana kita sendiri uruskan tanpa perlu pihak ketiga. Sendiri beli, simpan dan jual. TIADA SIAPA TAHU KEKAYAAN KITA.
7) Nilai Kekal Sepanjang Zaman
Emas adalah aset yang belum lagi tercatat dalam sejarah menunjukkan nilainya pernah jatuh kepada kosong. Lagi turun harga lagi berebut-rebut orang membeli. Jika duit kertas lagi turun nilai, lagi banyak orang “cabut lari”.
Korang faham sesuatu?
Bismilah,
Khaja Nazimudeen
Nota:
7 sebab ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Setiap orang ada sebab tersendiri “Kenapa perlu simpan emas”.