TAKUTNYA EMAS?

TAKUTNYA EMAS?

Antara sebab kenapa majoriti diantara kita “TAKUT” beli dan simpan emas fizikal, ini antara faktor yang menjadi ketakutan bagi mereka. Baca kupasan selanjutnya;

1. Takut tak ada duit.

Selagi bernama manusia selagi itulah kita akan rasa, tak ada duit atau tak cukup. Ironinya, ramai juga yang membeli emas walaupun gaji atau pendapatan mereka cukup-cukup saja.

Bukannya tak cukup duit, tapi bagaimana kita menguruskan duit kita. Kata orang “Nak seribu daya tak nak seribu dalih”.

Sebagai contohnya, kita mungkin sanggup berbelanja RM100 sebulan untuk Astro atau hiburan tetapi kenapa tak sanggup tidak kumpul jumlah yang sama untuk mengubah kehidupan kita.

Yang penting di sini bukan kaya atau miskin. Kalau rasa perlu, kita akan berusaha dan mendisiplinkan diri.

Sebaliknya kalau kita selalu berkata kita tiada duit walhal sebenarnya ada, nanti ianya sebati dengan diri kita dan Nauzubillah.

Jadi doa pula nanti kalau selalu disebut-sebut. Pakar motivasi terkenal Azizan Osman selalu berkata ” Diri anda adalah apa yang anda fikirkan” (You are what you think)

2) Takut kena zakat.

Sahabat, ramai juga yang takut bayar zakat kalau simpan emas. Alhamdulillah, dari satu sudut ini menunjukkan betapa orang Melayu Islam telah mengambil berat tentang zakat, dan ini suatu perkara yang harus dipuji.

Tetapi dari satu sudut yang lain, janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk membuat pelaburan atau simpanan emas. Bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta.

Dan rata-rata kebanyaknnya tak faham beza antara zakat emas yang dipakai dengan emas simpanan. Bukannya beli segram dah terus kena zakat.

3) Takut kena rompak

Sahabat, tak tahu bagaimana nak simpan atau di mana nak simpan? Tak dinafikan, risiko untuk berlaku kecurian, rompakan. kebakaran dan seangkatan dengannya memang ada.

Tetapi cuba anda fikirkan semula, barang apa yang tak dicuri orang kalau tak dijaga?

Setiap risiko pasti ada cara mengatasinya atau paling tidak meminimumkan potensi risiko tersebut dari terjadi .

Dalam hal menyimpan emas, jika sedikit bolehlah diusahakan simpan di suatu tempat rahsia di dalam rumah.

Tapi kalau simpanan emas tu dah sampai berkilo kilo, takkan orang sekaya anda tak mampu nak cari safe deposit, berlambak bank sediakan safe deposit dengan kadar yang wajar kat luar sana tu.

Barang anda, menjadi tanggungjawab anda menjaganya dengan baik. Dan jangan lupa berdoa dan bertawakal pada Allah dalam segala hal yang kita usahakan.

4) Takut rugi yakni rasa mahal masa nak beli, rasa rugi bila jual semula.

Ini selalu dibimbangi bagi mereka yang terbiasa dengan skim cepat kaya, dapat dividen bulan-bulan, atau memang tak tahu langsung pasal investment.

Golongan ini tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk dapat keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual.

Saya tak salahkan mereka, sebab saya sendiri pun berfikiran macam ini sebelum saya dicelikkan dengan izin Allah melalui pembacaan, tontonan video dan perbincangan forum mengenai realiti wang yang sebenar.

Bila kita tahu penipuan wang kertas (wang fiat) yang sudah lama bertapak dan sudah makin hampir ke penghujung hayatnya, anda akan tahu, betapa bernilainya emas.

Apa yang saya dapati, kebanyakan dari mereka ini juga hanya tahu, emas hanya sebagai perhiasan wanita dan hanya boleh di beli di kedai emas biasa sahaja.

Dan bila hanya tahu di kedai emas sahaja boleh beli emas, bila nak jual semula pun di kedai emas sahaja.

Sebab itu ilmu penting sebelum memulakan sesuatu perlaburan, dan salah satu nak dapatkan ilmu kenalah membaca, bertanya dan berbincang dengan orang yang anda rasa boleh dipercayai.

5) Takut kena tipu emas palsu.

Sahabat, ada juga yang risau ditipu. Nasihat saya, belilah dari orang yang anda percaya atau agen/dealer yang sah.

Kalau emas Public Gold, dealer yang sah akan diberi kod PGXXXXXX. Jangan terburu buru mencari harga yang murah dikhuatiri ada penipuan boleh berlaku.

6) Takut bila kecemasan, susah nak “cairkan”.

Sahabat, jangan bimbang selagi emas ada di tangan kita, kita boleh bawa ke mana-mana kedai emas untuk dicairkan, tapi sebaiknya dimana kita beli disitu kita jual semula.

Jadi, ini adalah antara faktor-faktor yang sering kita dengar dari bakal pembeli emas atau yang sudah mula beli dan simpan emas.

Begitulah,

Khaja Nazimudeen
10.02.2020 (Isnin)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *