Pelabur atau penyimpan emas biasanya berfikiran kalau dah beli emas, jual semula di mana-mana pun tak kisah.
Beli emas di Syarikat A, Jual semula emas pada syarikat B. Ini salah satu kesilapan bagi penyimpan atau pelabur emas.
Belilah emas jenama apa sekali pun, selagi ianya tulen, laku kalau nak jual dimana-mana. Cuma yang menjadi masalahnya bila kita dah beli emas di syarikat A dan jual di syarikat B, spread (susut nilai) akan jadi besar.
Ia akan dikira sebagai emas terpakai, walaupun emas tu dalam keadaan baik!
Sebagai pelabur atau penyimpan emas yang mementingkan untung yang maksima, adalah lebih baiknya beli emas di syarikat A jual balik pada syarikat A untuk elak kerugian dari segi susut nilai.
Tapi selalunya masalah untuk jual semula akan timbul sekiranya syarikat yang kita beli itu cawangannya terhad.
Bila sesak nak pakai duit, tak tahu nak jual dimana. Akhirnya ambil keputusan jual di mana-mana syarikat emas lain dan terpaksa tanggung kerugian yang besar.
Untuk pengetahuan semua, bagi produk emas jenama Public Gold masalah itu tak akan timbul sebab cawangan urusan Public Gold ada banyak diseluruh Malaysia. Dan proses jualannya juga adalah mudah tidak secerewet ditempat lain.
Jadi, nasihat saya pada sesiapa masih dalam proses “survey” syarikat menjual emas, carilah syarikat menjual emas yang banyak cawangan dan spread produknya kecil.
Begitulah ceritanya,
KhajaNazimudeen
22.01.2020 (Rabu)