MATLAMAT SIMPAN EMAS?

MATLAMAT SIMPAN EMAS?

Simpan emas ni biar kita ada matlamat yang jelas, bukan hanya sekadar ikut-ikutan semata, akhirnya kita lemas tak tahu nak buat apa.

Sebenarnya emas ni hanya salah satu daripada alat kewangan yang lain, dan ia ada fungsinya yang tersendiri mengikut matlamat kita masing-masing.

Apa fungsi yang boleh kita jadikan emas ini sebagai alat yang bermanfaat bagi kita?

* Sebagai simpanan hari tua *

Usia kita semakin lanjut (tua), bukannya semakin muda. Untuk menjamin masa tua kita kelak, kita perlu ada duit simpanan. Tapi saya yakin manusia dengan duit selalunya kalah dengan emosi belanja.

Jadi tak sempat nak menyimpan sampai tua, habis duit tu kita belanjakan. Untuk pastikan kita boleh berjaya menyimpan, cuba kita tukar cara simpanan kita daripada simpan tunai kita cuba simpan emas. Insyaa Allah saya yakin pasti berjaya.

* Sebagai Modal beli Rumah *

Nak beli rumah modalnya agak besar. Kalau nak bayar “downpayment” pun paling kurang 10%. Jadi kita boleh jadikan emas ni sebagai simpanan untuk modal beli rumah.

Bila jumlah simpanan emas kita dah banyak dan cukup untuk buat modal beli rumah, masa tu kita boleh samada jual atau pajakkan sementara untuk dijadikan modal.

Kalau simpan tunai belum tentu cukup untuk kita buat modal beli rumah, dan sampai bila-bila pun kita tak ada rumah sendiri. Takkan nak duduk menyewa selamanya kan..

* Sebagai Belanja Kahwin *

Kalau yang masih bujang, jadikan emas ni sebagai simpanan belanja untuk majlis kahwin atau selepas kahwin nanti.

Saya juga pernah rasa bujang, duit tak pernah lekat. Asyik belanja yang bukan-bukan saja. Last-last merana simpanan tak ada.

* Sebagai Modal buat Umrah *

Jadikan emas sebagai modal pergi umrah. Cukup simpanan yang menyamai nilai untuk pergi umrah, boleh jual masa tu untuk bayar kos pergi umrah.

Letakkan matlamat kita simpan emas untuk tunaikan umrah, nak pergi haji tak tahu ada rezeki ke tidak. Macam sekarang ni, mungkin dua atau tiga tahun lagi baru kita boleh pergi buat umrah, jadi simpanlah emas dari sekarang.

* Sebagai Dana Pendidikan Anak *

Emas sangat bagus dijadikan sebagai dana pendidikan anak kita yang masih kecil. Sebab dana pendidikan tu bukan simpanan jangkapendek tapi ia jangkapanjang.

Kalau simpan duit tunai untuk jangkapanjang kurang bagus sebab nilai simpanan kita tu sebenarnya semakin kecil kuasa belinya untuk jangkapanjang. Tapi emas dapat selamatkan nilai simpanan kita. Emas ni kalis inflasi, nilainya kekal sampai bila-bila.

Ini antara matlamat yang sempat saya tulis disini. Setiap orang matlamatnya berbeza. Jadi letaklah matlamat simpanan emas mengikut keperluan kita sendiri, insyaa Allah saya yakin pasti kita berjaya.

Begitulah,

Khaja Nazimudeen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *