DUIT KERTAS BUKAN PENYIMPAN NILAI

DUIT KERTAS BUKAN PENYIMPAN NILAI

Wang kertas yang kita guna hari ini tidak mampu menyimpan nilai. Walaupun wang kertas tu berada ditangan kita, tapi hakikatnya kekayaan tidak ada ditangan kita.

Ini adalah kerana nilai wang kertas bukan terletak pada kertas tetapi ia terletak pada jaminan kerajaan. Pada kertas itu sendiri sebenarnya tiada nilai sebenar (intrinsik-melekat).

Wang kertas bernilai hanyalah kerana dipaksa nilai oleh kerajaan. Sebab itu kerajaan terpaksa tulis “Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai” diatas wang kertas yang kita guna. Inilah jaminan kerajaan pada wang kertas.

Ia akan terus bernilai selagi mana kerajaan mengesahkannya. Jika kerajaan isytihar ia tidak lagi bernilai sebagaimana duit syiling RM1, duit kertas RM500 dan duit kertas RM1000, nilainya terus hilang macam tu saja.

Wang kertas juga hanya bernilai selagi ia digunakan dalam negara, tetapi ia tidak bernilai jika digunakan di negara lain. Dan bukan itu saja ia akan dianggap bernilai selagi mana kondisisi duit kertas itu masih baik.

Duit kertas tidak akan bernilai sekiranya ia didapati rosak, dimakan anai-anai ataupun diconteng. Lagi teruk jika telah hilang sebahagiannya (terpotong dua). Ini pra-syarat jaminan wang kertas bagi sesebuah kerajaan.

Ia berbeza dengan emas. Menurut pakar Azizi Ali, emas adalah satu-satunya aset kewangan yang berdiri dengan sendiri tanpa perlu jaminan sesiapa pun. Emas tidak berkait dengan sesiapa. Ia tidak perlu geran pemilikan ataupun surat pemilikan seperti aset kewangan lain.

Nilai emas hanya terletak pada berat dan ketulenannya sendiri malah ia laku dimana-mana dan pada bila-bila masa sekalipun. Ia tak laput dek zaman.

Sejarah telah membuktikan emas adalah alat penyimpan nilai yang paling ampuh dalam sejarah tamadun manusia kerana sifatnya yang tidak boleh dimanipulasi, tidak boleh dicipta serta tidak boleh dibinasakan.

Disebabkan faktor inilah emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak akan jatuh nilai menjadi KOSONG. Ia dianggap duit selamanya sejak zaman berzaman.

Begitulah,
Khaja Nazimudeen (20.12.2020)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *