WAKTU SESUAI JUAL EMAS

WAKTU SESUAI JUAL EMAS

Jika anda seorang “Gold Saver” (penyimpan emas) tak perlu fokus naik turun harga emas.

Fokus utama kita sebagai gold saver adalah jumlah kepingan emas kita. Pastikan ia semakin bertambah.

Semakin bertambah kepingan emas, makin bertambah kaya la kita sebenarnya.

Bak kata pakar “Kaya bukan diukur pada jumlah belanja tapi dari jumlah simpanan”.

Ok, berbalik pada tajuk asal bila waktu sesuai jual emas?

Biasanya sebagai gold saver, emas akan dijual bila berada pada 4 situasi ni:

𝗦𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮

Telah capai matlamat. Contohnya simpan emas untuk menunaikan haji/umrah. Bila tiba waktu untuk pergi haji/umrah baru jual emas tu.

Atau contoh simpan emas sebagai simpanan pendidikan anak-anak. Bila sampainya waktu anak nak masuk universiti (IPT) jual saja emas tu untuk tampung kos.

𝗦𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮

Tukar kepada aset yang lebih besar. Contohnya ada peluang beli rumah atau tanah pada harga berbaloi dibeli.

Tak perlu tunggu, jual je terus emas dalam simpanan untuk ditukarkan kepada aset yang lebih besar.

𝗦𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮

Ada hal kecemasan dimana duit tunai kecemasan dah habis dipakai atau tidak mencukupi.

Maka jual lah emas yang ada tu untuk digunakan ketika kecemasan. Lepas tu boleh kumpul semula.

𝗦𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁

Ada peluang bisnes yang menguntungkan berlipat kali ganda. Tapi sebaiknya tak perlu jual hanya perlu sandarkan (cagarkan) di Arrahnu untuk dapatkan pinjaman.

Tapi kes begini kita perlu pastikan ada duit dimasa depan untuk tebus semula emas yang telah dicagarkan tu.

Semoga bermanfaat untuk amda yang berada diposisi sebagai gold saver.

Begitulah,
Khaja Nazimudeen (17.08.2020)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *