EMAS ALAT KEWANGAN TERBAIK, BETUL KE?

EMAS ALAT KEWANGAN TERBAIK, BETUL KE?

Persoalannya adakah emas ini sesuai sebagai alat kewangan peribadi kita?

Emas adalah satu daripada alat kewangan seperti contoh saham, hartanah, unit trust dan sebagainya.

Bila kita berbicara dari sudut alat kewangan, sebenarnya tiada satu pun alat kewangan yang sempurna. Setiap alat kewangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Ingat ini! 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗶𝘀𝘁𝗶𝗹𝗮𝗵𝗜𝗧𝗨 𝗔𝗟𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞

Kita perlu gunakan pelbagai alat kewangan untuk membina kekayaan atau mengukuhkan kedudukan kewangan kita.

Tapi alat yang terbaik adalah alat yang kita mahir tentang ilmunya.

* Emas terbaik kalau anda ada ilmu tentang emas.

* Saham terbaik kalau anda ada ilmu tentang saham.

* Hartanah terbaik kalau anda ada ilmu tentang hartanah.

* Unit trust terbaik kalau anda ada ilmu tentang unit trust.

𝗧𝗔𝗞 𝗔𝗗𝗔 𝗜𝗟𝗠𝗨, 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗣𝗨𝗡 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗜𝗞!

Jadi yang membuatkan kita kaya atau kedudukan kewangan kita lebih baik bukannya alat tapi ILMU kita tentang alat tersebut.

Bagi alat kewangan seperti emas, apa yang membuatkan kita kaya atau kedudukan kewangan kita lebih baik dengan emas adalah ilmu kita tentang emas.

Kalau anda beli emas dengan adanya ilmu harga emas naik anda happy, kalau harga emas turun pun anda tetap happy.

Sebab bila anda ada ilmu kita tahu apa nak buat. Harga naik anda tahu apa nak buat, harga turun pun anda tahu apa nak buat.

Tapi bila sesiapa yang tiada ilmu, harga emas naik susah hati, harga emas turun dia rasa nak MATI.

Ini sebenarnya bukan salah pada emas, salahnya adalah kita sendiri yang tak ada ilmu.

Kawan,

Kata majoriti pakar, pelaburan terbaik yang perlu kita ambil tindakan terlebih dulu adalah pelaburan terhadap ilmu.

Bila kita sudah memiliki sedikit sebanyak ilmu tentang pelaburan yang kita ingin ceburi, insyaa Allah ia akan membantu kita kelak agar kita tidak kesal dikemudian hari.

Begitulah,

Khaja Nazimudeen

02.06.2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *