Semakin lama semakin kaya.
Ramai di antara kita kerja bertahun-tahun, tapi simpanan tak ada. Jangan kata simpanan untuk pendidikan anak-anak, simpanan paling asas sebanyak 3 bulan gaji pun kita belum ada!
Tapi sebahagian daripada penyimpan emas dibawah bimbingan saya sejak mereka mula menyimpan emas, jumlah simpanan mereka makin lama makin bertambah.
Sekejap saja dapat cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan gaji . Bahkan ada diantara mereka yang mampu simpan cukup 6 bulan gaji sejak mula menyimpan emas!
Ya memang terbukti!, emas membuatkan penyimpannya bertambah kaya.
Bukan sebab harga emas naik melambung-lambung (bahkan ada juga harga emas turun dalam jangka pendek), tetapi disebabkan NALURI kita pada emas sangat berbeza berbanding naluri kita terhadap wang kertas.
Naluri kita pada emas sentiasa rasa nak simpan, nak kumpul lebih banyak, dan tak nak dibelanjakan. Bila simpan emas, tak akan terlintas dalam fikiran kita untuk berbelanja dengan emas itu.
Bahkan bila dah ada emas (terutamanya emas bersaiz besar), kita mula ‘ketagih’ untuk simpan lebih banyak emas. Emas itu sangat cantik. Lagi dipandang, lagi kuat keinginan untuk beli lebih banyak emas!
Berbeza dengan simpan duit kertas. Lagi diingat duit itu, lagi kuat keinginan untuk berbelanja, dan lagi cepat duit itu habis!
Itulah puncanya kenapa banyak orang ada masalah, “simpan sedikit-sedikit, lama-lama masih sedikit”! Kerja bertahun-tahun, tapi simpanan kecemasan 3 bulan gaji pun belum ada!
Cuba tukar cara menyimpan pula.
Duit yang nak digunakan dalam masa terdekat, simpan dalam Tabung Haji atau ASB. Bagi simpanan jangka panjang, simpan dalam bentuk emas.
Kita Mula simpan emas dengan 1 gram 1 bulan melalui Akaun Emas dulu. Disiplinkan yang itu dulu. Saya percaya, pada bulan ke-10, jumlah simpanan emas bukan 10 gram, tetapi lebih!
Ya, memang lebih. Sebab keinginan atau keseronokkan kita simpan emas berbeza berbanding menyimpan duit.
Begitulah rahsianya,
Khaja Nazimudeen
08.01.20 (Rabu)