CAPAI MATLAMAT – EMAS SEBAGAI ALATNYA

CAPAI MATLAMAT – EMAS SEBAGAI ALATNYA

Menyimpan perlu ada matlamat untuk dicapai dari hasil simpanan. Bila sudah letakkan matlamat simpanan ia akan mendorong diri untuk terus berusaha mencapai matlamat yang telah diimpikan sebelumnya.

Matlamat simpanan setiap orang tidak sama. Ada yang nak cukupkan simpanan kecemasan (minima 3 bulan pendapatan), cukupkan modal untuk kahwin, cukupkan modal untuk kerjakan umrah/haji dan sebagainya.

Tapi persoalannya, kaedah bagaimana yang sesuai untuk buat simpanan agar duit tak bocor dan memastikan terus konsisten menyimpan?

Saya yakin kaedah yang sesuai untuk menyimpan bagi mencapai matlamat dan elak dari duit bocor iaitu simpan emas. Sebabnya emas adalah suatu benda yang seronok dikumpul dan sayang untuk dijual.

Perkongsian dari seorang suri rumah

Kalau simpan dalam bentuk tunai selalunya emosi akan terganggu bila nampak duit yang banyak dalam bank. Emosi belanja akan selalu bermain dalam otak.

Tapi bila simpan emas emosi nampak nombor RM akan hilang serta merta, sebabnya emas tiada nombor RM yang ada hanyalah gram.

Dan dengan simpan emas lebih mudah untuk terus konsisten menyimpan. Ini kerana  sifat pada emas iaitu cantik dan seronok dikumpul banyak.

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *