RUGINYA BELI BARANG KEMAS

RUGINYA BELI BARANG KEMAS

Pertama sekali kita kena tahu apa matlamat utama kita beli emas. Adakah ianya bertujuan simpanan/pelaburan atau sekadar perhiasaan.

Barang kemas dikategorikan sebagai emas perhiasan. Matlamat atau tujuan beli adalah lebih ke arah untuk kelihatan cantik, bukannya fikir keuntungan.

Kalau tujuan beli emas untuk simpanan atau pelaburan adalah lebih baik beli emas yang berbentuk syiling emas, dinar emas atau jongkong emas sebab ia memang dikeluarkan KHAS untuk tujuan simpanan/pelaburan.

Saya senaraikan 4 kerugian membeli barang kemas dari perspektif pelaburan;

Kerugian SATU – Harga Lebih Mahal

Barang kemas harganya lebih mahal berbanding emas pelaburan sebab harganya dikawal oleh persatuan pekedai emas. Sebagai contoh harga pergram emas 916 dikedai emas biasa seperti Wah Chan, Tomei dan lain-lain dalam sekitar RM200/gram tapi di Public Gold emas berketulenan 999.9 sekitar bawah RM200/gram.

Kerugian Kedua – Susut Nilai Tinggi

Susut nilai untuk barang kemas kebiasaannya diantara 25% sedangkan emas jenis 999.9 produk Public Gold susut nilai tertinggi adalah 9% sahaja bagi produk terkecil iaitu jongkong 1gram. Maknanya disini sekiranya harga emas naik 20% pembeli barang kemas masih lagi rugi 5%, sedangkan pembeli emas Public Gold dah boleh senyum dengan keuntungan 11%. (20% – 9%).

Kerugian Ketiga – Rugi Kos Upah

Beli barang kemas biasanya pekedai akan kenakan kos upah atau “workmanship”. Harga upah ini bergantung kepada pekedai emas dan ia boleh dimanipulasi oleh pekedai emas. Sekiranya waktu nak beli, harga emas tengah rendah pekedai boleh naikkan kos upah untuk keuntungan bagi pihaknya. Nampak tak disitu walaupun harga emas tengah rendah kita tetap akan bayar dengan harga yang mahal.

Kerugian Keempat – Pergerakan Harga Tidak Selaras Dengan Harga Dunia

Harga barang kemas agak “statik”. Kalau harga emas dunia naik, harga barang kemas akan terus naik. Tapi kalau harga emas turun, biasanya pekedai emas lambat semak harga dan mungkin akan kekal tinggi sampai beberapa bulan.

Berbeza dengan emas jenis simpanan/pelaburan seperti emas Public Gold, harganya disemak setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Kalau harga emas turun tengah malam kita boleh borong harga murah. Kalau esok paginya harga naik balik, kita dah boleh tersenyum sebab sempat beli waktu tengah murah.

Jadi itulah 4 perkara yang saya maksudkan ruginya beli barang kemas. Tapi kalau memang nak beli barang kemas untuk tujuan berhias bukannya tujuan simpanan/pelaburan, silakan..

Dan mesti ingat, tak semua emas simpanan/pelaburan (syiling, syiling dinar atau jongkong) adalah sama. Sebelum beli kena tahu atau nilai syarikat tersebut secara pakej. Baca ebook saya Review Pantas Tentang Emas untuk ketahui emas yang sesuai untuk simpanan/pelaburan.

Sekian,

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak.

2 thoughts on “RUGINYA BELI BARANG KEMAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *