Emas dikatakan logam yang kalis inflasi. Ia juga boleh dikatakan logam mulia yang dipandang bernilai sehingga ke syurga.
Maksud disebalik perkataan inflasi ialah kuasa beli duit kita makin susut. Jika inflasi ketika itu ialah 5%, ia bermaksud kuasa beli beli susut 5% berbanding tahun sebelumnya.
Kalau kita simpan duit dalam Tabung Haji atau Unit Trust dan kita mendapat dividen 5% setahun, maksudnya kita nampak nombor dalam akaun kita bertambah tapi secara realiti sebenar kekayaan kita tidak bertambah.
Kalau kita lihat dari segi pendapatan pula, kalau kenaikan gaji setahun tidak sampai 5% setahun, maksudnya kita lebih miskin dari tahun sebelumnya walaupun nombor pada gaji kita telah pun bertambah.
Kita perlu bayar duit 5% lebih banyak berbanding tahun sebelumnya untuk dapatkan barang yang sama. Itulah salah satu contoh yang dimaksudkan dengan inflasi.
Betul ke EMAS kalis inflasi?
Tentang “Kalis Inflasi” kebanyakkan pakar-pakar berbeza pendapat.
Ada diantaranya berpendapat emas hanya kalis kepada HyperInflasi bukannya kalis inflasi, tapi saya berpegang dengan pendapat yang mengatakan emas sememangnya aset atau logam yang kalis inflasi.
Mereka yang berpendapat emas bukan kalis inflasi atas sebab perbandingan pergerakan harga emas dunia berdasarkan wang kertas US Dollar sedangkan inflasi wujud sebab duit kertas tiada nilai sebenar. Nilainya boleh berubah-ubah berdasarkan;
- beberapa banyak matawang itu dikeluarkan / dicetak (money supply)
- jumlah permintaan terhadap sesuatu matawang
Harga Barang Pasti Naik
Secara asasnya dalam jangkapanjang harga barang pasti akan naik ia bukan disebabkan faktor “permintaan dan penawaran” pada barang itu sendiri tapi ia lebih kepada disebabkan nilai duit kertas yang sentiasa merosot.
Duit kertas itu sendiri yang gagal memenuhi fungsi sebenar duit sebab;
- ia tidak mampu menyimpan nilai
- nilainya sentiasa berubah-ubah dan tidak mampu menjadi unit pengukur yang baik
- ia gagal menjadi medium transaksi yang adil kerana nilainya yang berubah-ubah
Cuba kita lihat perbezaannya dengan emas. Nilai emas dipegang kukuh oleh berat dan ketulenan semata-mata. Simpanlah bertahun-tahun lamanya nilainya kekal sehingga hari ini.
Kambing & 1 Dinar Sebagai Pengukur (Indicator)
Sebagai contoh nisbah 1 ekor kambing dan 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh dikatakan kekal sejak 1400 tahun dulu sehingga sekarang.
Dengan emas 1 dinar hari ini, kita masih boleh beli seekor kambing bergantung pada jenis dan saiz tapi ia tetap munasabah untuk kita tukarkan dengan seekor kambing.
Jadi dalam situasi contoh yang diberikan iaitu 1 dinar dengan seekor kambing, berapa peratuskah kadar inflasi (kenaikan harga kambing) sejak 1400 tahun dulu berbanding emas (jika emas dijadikan sebagai pengukur nilai)?
Jawapannya adalah 0%.
Khaja Nazimudeen
Ipoh Perak