ITEM SESUAI SEBAGAI PELABUR EMAS

ITEM SESUAI SEBAGAI PELABUR EMAS

Setiap kali dalam seminar saya, antara perkara yang selalu saya ingatkan kepada pembeli emas adalah TETAPKAN POSISI masing-masing sebagai pembeli emas. Pembeli emas ni ada 3 posisi utama iaitu PENYIMPAN, PELABUR & PENIAGA.

Dalam ketiga-tiga posisi ini ada kelebihan masing-masing mengikut matlamat yang ingin dicapai oleh pembeli emas.

Bagi seorang pelabur emas matlamat utama mereka adalah pertambahan RM (duit) bukannya bertambah gram. Fokus mereka lebih kepada mengembangkan duit supaya lebih banyak. Emas tak penting bagi mereka. Emas hanyalah alat untuk mereka memaksimakan keuntungan (RM).

Ok, berbalik kepada tajuk asal iaitu ITEM SESUAI SEBAGAI PELABUR EMAS. Untuk jadikan emas sebagai alat pelaburan, item biasa yang saya syorkan adalah 100gram, 250gram dan 1000gram.

MENGAPA 100GRAM, 250GRAM & 1000GRAM?

Bagi emas item berat 100gram keatas kelebihannya untuk tujuan pelaburan ada 3 yang kelebihan yang saya dapat kenalpasti antaranya:

  • SPREAD NIPIS

Spread kebiasaannya orang sebut Susut Nilai. Spread ialah perbezaan harga belian dan harga jualan. Spread adalah salah satu kriteria penting dalam pemilihan item emas. Spread yang nipis dapat membantu pelabur mengaut untung dengan cepat dari kesan kenaikkan harga emas.

      Bagi item 100gram keatas spreadnya adalah lebih nipis berbanding item yang lebih kecil. Ini  bermakna item 100gram keatas yang lebih sesuai untuk tujuan pelaburan (posisi pelabur).

  • LEBIH BERBALOI

      Keuntungannya lebih banyak berbanding dengan item yang kecil. Ia lebih berbaloi menunggu harga emas naik. Sebagai contoh item 100gram bila berlaku kenaikan harga emas melepasi kadar spread dan untungnya RM1000 (perbezaan beli dan jual) tapi jika item yang kecil mungkin untungnya hanya RM10 saja. Untung hanya RM10 bagi saya ia tak berbaloi dan membuang masa.

  • DAPAT REBAT YANG MENJIMATKAN

      Beli dalam gram yang lebih besar dalam amaun tertentu, ada sesetengah syarikat menawarkan pakej bergelar agen. Kebiasaannya bila dah bergelar agen akan ada tawaran rebat atas belian atau jualan.

      Bagi produk Public Gold, jika membeli dalam jumlah yang besar akan ditawarkan gelaran agen secara automatik bila amaun belian mencapai syarat yang ditetapkan. Nak atau tidak gelaran tersebut akan diberi secara PERCUMA.

      Jadi disini bila dah bergelar agen, setiap kali pembelian atau jualan akan diberi rebat secara automatik oleh syarikat. Ianya dapat memaksimakan keuntungan dalam pelaburan yang dibuat.

Kesimpulannya, pilih item yang bersesuaian agar lebih memaksimakan keuntungan jika kita berada diposisi sebagai pelabur emas.

 

Khaja Nazimudeen 

Ipoh, Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *