Ramai orang nak menyimpan emas tapi tak tahu cara terbaik untuk menyimpan. Nak simpan sendiri (dirumah) takut pencuri. Nak simpan emas dibank konvensional ragui akan kepatuhan syariahnya. Yang patuh syariah setakat ini Kuwait Finance House (KFH) & terbaru Bank Muamalat.
Nak sewa safe deposit box banyak modal dan bukan semua tempat ada sediakan perkhidmatan ni. Masalah tempat simpanan yang selalu menjadikan sesetengah daripada mereka “terhalang” untuk mulakan simpanan.
Lagi satu masalah yang menjadi kebiasaan bila nak mulakan simpanan ialah tentang “modal”. Beranggapan simpan emas memerlukan modal agak besar. Sedangkan bajet lebihan yang ada dalam sekitar RM100 – RM200 saja sebulan.
Alhamdulillah, dengan adanya kaedah belian emas baru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP) yang diwujudkan oleh Public Gold, maka selesai masalah beli emas tak tahu nak simpan dimana serta selesai masalah bajet (modal) kecil untuk beli emas.
Akaun EMAS Ada Emas Fizikal
GAP ini lebih kurang sama seperti akaun emas di KFH, kita beli emas KFH simpankan emas dulu. Bila kita berkeinginan nak keluarkan emas dalam bentuk fizikal, kita boleh keluarkan dari akaun pada bila-bila masa.
Cumanya dengan akaun GAP ini kita boleh mulakan simpanan dengan bajet kecil dari serendah RM100 atau harga emas segram semasa tapi ianya tidak pada KFH yang memerlukan belian pertama sebanyak 10gram. Dengan akaun emas GAP ni juga, kita hanya perlu tinggalkan baki minimum 1 gram untuk kekalkan akaun aktif. Bagi KFH kita perlu kekalkan 2 gram minima untuk kekalkan akaun aktif.
Ringkasan Kelebihan Akaun GAP
Diringkaskan kelebihan akaun emas GAP bagi penyimpan:
- Boleh beli emas dengan bajet minimum RM100 atau harga emas segram semasa.
- Simpanan emas PERCUMA! . Tiada had simpanan, Tiada Had Masa dan Tiada Kos Yuran dikenakan.
- Boleh tambah gram simpanan dari serendah RM100 atau dalam kiraan pergram semasa. Tiada syarat wajib penambahan gram dalam jumlah tertentu.
- Boleh keluarkan emas di 18 cawangan seluruh Malaysia dari serendah emas 1 gram dan tiada had maksimum.
- Boleh keluarkan semua emas yang ada dalam akaun, cuma bila dikosongkan akaun dianggap tidak aktif (ditutup). Yuran proses akan dikenakan jika ingin buka akaun semula.
- Semasa ingin keluarkan emas fizikal dari akaun perlu membayar caj “premium” mengikut item yang dikeluarkan. Selagi tidak keluarkan tiada sebarang caj dikenakan.
- Urusniaga 24 jam 365 hari. Pembelian boleh dilakukan secara online dan jual pun boleh secara online.
Siapa yang memerlukan akaun GAP?
Saya dapat merasakan akaun emas GAP ini sangat diperlukan oleh orang yang ada masalah;
- modal kecil untuk menyimpan emas (bajet RM100 – RM200)
- takut simpan emas sendiri dirumah
- jauh dari cawangan atau tinggal di luar negara (balik sekali sekala)
- nak beli emas secara konsisten atau nak jadikan akaun simpanan masa depan anak kecil dengan bajet kecil.
Cara belian emas kaedah akaun GAP
Bagi yang ingin buat belian emas kaedah GAP, ikut langkah;
1. Masukkan duit terus ke akaun Public Gold dari serendah RM100 atau harga pergram semasa (klik link untuk semak harga semasa) http://www.publicgold.com.my
Masukkan duit terus ke salah satu akaun Public Gold (Public Gold Marketing Sdn Bhd seperti dibawah;
- 5571 3923 8048 (Maybank)
- 5071 3410 4563 (Maybank)
- 3167 52 0833 (Public Bank)
2. Whatsapp gambar bukti Pembelian (resit bank in) ke nombor tel 017-2248916 (bahagian GAP) beserta maklumat mengikut format;
- Nama Penuh
- No Kad Pengenalan
- No Telefon
- Email (yang aktif)
- Nama Bank dan No Akaun (sendiri)
- Introducer [ Nama saya Khaja Nazimudeen PG027585 ] bagi yang belum pernah membeli dengan Public Gold
3. Selepas hantar maklumat tersebut, dalam tempoh 2 hari bekerja HQ Public Gold akan hantar email yang mengandungi nombor PG code dan password. Boleh semak maklumat baki terkini di laman web http://www.publicgold.com.my
Keluarkan Emas Fizikal Dari Akaun
Emas yang telah dibeli boleh disimpan terus dalam akaun sampai bila-bila tanpa sebarang caj yuran dikenakan (percuma). Kalau nak simpan emas sendiri, boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
Jika nak keluarkan emas, boleh terus ke cawangan yang berhampiran dengan bawa kad pengenalan asal dan juga duit premium (ikut item) yang ingin dikeluarkan. Boleh pilih mana-mana jenis emas samada jongkong (gold bar) atau dinar (gold coin) bergantung baki emas semasa dalam akaun. Tapi sebelum datang sebaiknya telefon cawangan dulu untuk pengesahan stok yang ada dicawangan supaya staf boleh reserve kan stok terlebih dulu.
Atau boleh hubungi saya untuk sebarang bantuan
Khaja Nazimudeen
0165579027 (call/whatsapp)
Ipoh, Perak