Hidupkan Impian

Hidupkan Impian

Menurut pakar motivasi Brian Tracy, impian ini adalah apa yang kita nak capai dalam hidup. Dengan pendapat yang sama, En Mohd Zulkifli Shafie menyatakan bahawa impian tidak boleh sekadar bermain dalam kepala. Jika begitu, ia tak ubah seperti angan2 Mat Jenin sahaja.

Impian mesti ditulis atas kertas, tampal di ruangan yang kita nampak setiap hari serta disebut-sebut dalam perbualan harian (biarlah bercakap sorang2 pun).

Rasionalnya ialah supaya impian kita masuk ke dalam ‘sub-concious mind’ iaitu minda di bawah sedar.

Menurut kajian, apa yang masuk ke sub-concious mind akan menjadi pendorong dalam kehidupan tanpa kita sedar. Impian2 yang masuk ke minda bawah sedar ini akan menjadikan kita terdorong untuk melakukan apa yang patut demi mencapainya.

Impian juga mesti dikongsi cerita bersama orang-orang kesayangan kita. Supaya, mereka dapat memberi sokongan sekaligus membantu kita mencapai apa yang diimpikan.

Saya dan isteri kini berkongsi impian yang sama. Impian hidup kami secara umumnya adalah untuk kaya dan berjaya di awal usia. Hidup ini singkat namun perjalanan masih jauh. Kami mahu nikmati masa dan segala yang Tuhan berikan supaya kami dapat bersyukur dan jadikan bekalan di akhirat nanti in shaa Allah.

Jom, kita bina impian hidup bersama yang tersayang SEKARANG……

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *