Emas Instrumen Mengawal Aliran Kewangan

Emas Instrumen Mengawal Aliran Kewangan

Emas adalah instrumen yang dapat membantu mengawal aliran kewangan supaya tidak berlaku kebocoran wang. Menjadi fitrah manusia dengan duit sememangnya untuk dibelanjakan. Berbelanja itu suatu yang syiok dan puas dalam kehidupan.

Tapi adakah kita pernah terfikir ”Dimanakah simpanan untuk masa depan diri & keluarga tercinta?”

Saranan dari majoriti pakar-pakar kewangan kaedah untuk adakan simpanan adalah dengan cara begini (Simpan dulu, Belanja kemudian) bukan (Belanja dulu, Simpan Kemudian)

Majoriti yang biasa kita jumpa sesiapa yang belanja dulu, simpan kemudian akhirnya tak akan menyimpan sebab biasanya tidak ada lebihan duit untuk disimpan.

Ini kerana naluri (fitrah) manusia seronok berbelanja sehinggakan sukar mengawal aliran kewangan lagi-lagi bila nampak pelbagai jualan murah.

Untuk elakkan diri kita dari termakan hasutan nafsu untuk membelanjakan duit kepada perkara bukan keperluan, tetapkan matlamat pada diri sendiri apabila dapat gaji (pendapatan) asingkan terus sekurangnya 10% kepada emas.

Simpan duit dalam bentuk emas lebih selamat dari dibelanjakan, kerana sifat emas bukannya untuk dibelanjakan tapi ia lebih kepada seronok disimpan dan dikumpul banyak.

Nafsu syiok kepada belanja akan secara automatik akan bertukar kepada syiok untuk simpan. Dengan cara ini kita dapat mengawal aliran kewangan kita dari terus bocor dek kerana keseronokan berbelanja.

Sekian..

KhajaNazimudeen

Ipoh, Perak

 

2 thoughts on “Emas Instrumen Mengawal Aliran Kewangan

  1. Bila ada duit di poket ianya mudah bocor. Betul apa yang dinukilkan oleh Tuan Khaja. Sebahagian duit harus diasingkan dalam mengekalkan nilai wang sebenar. Dalam aspek ini, kebocoran akibat daripada berbelanja.

    Tawaran yang ‘Gile-Gile’ pada musim gaji sering terpapar di semua media sosial. Seolah-olah mengambil kesempatan terhadap gaji yang diterima.

    Jadi bagus untuk kita selamatkan dulu duit hasil titik peluh kita ini daripada dinodai nafsu berbelanja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *