Dari sudut potensi kenaikan, pakar meramalkan silver akan jadi “emas masa depan”. Maksudnya, peratusan kenaikkan silver akan jauh menandingi emas pada masa depan.
Ini adalah disebabkan “supply” berkurangan tapi permintaannya sangat tinggi bagi sektor perkilangan dan industri.
Semakin berkurangan salah satu penyebabnya adalah penggunaannya banyak pada alat elektronik dan biasanya dibuang begitu saja tanpa dikitar semula.
Kos kitar semula alat elektronik untuk dapatkan semula silver yang telah digunapakai tersebut amatlah tidak berbaloi berbanding emas buat masa kini.
Selain daripada itu, harga silver buat masa sekarang masih lagi “undervalue”. Harga 1 kilo silver berbanding emas nisbah nya lebih kurang 55:1 iaitu 55 kilo silver baru dapat menyamai harga 1 kilo emas.
Adakah sekarang masa sesuai beli silver?
Jawapannya YA!
Cuma perlu diingat, silver bukan untuk simpanan jangkamasa sederhana atau panjang, tapi ia simpanan untuk jangkamasa lebih panjang.
Contoh beli hari ni, simpan sekurangnya 5 tahun barulah fikir untuk dijual jika perlu. Sebab salah satunya “spread” untuk silver lebih besar berbanding emas. Jadi tempoh menunggu untung pada kenaikkan harga silver mungkin lebih lama berbanding emas.
Selain daripada tu, penyimpanan silver ni juga agak sukar sebab dari segi saiz ia lebih besar berbanding emas. Kita perlu ada ruangan khas untuk simpan.
Kesimpulannya, kalau anda tidak berminat dengan emas, ada option lagi satu iaitu silver. Silver juga dikategorikan sebagai logam penyimpan nilai paling ampuh sejak zaman berzaman.
Kalau 20 tahun dulu 10 dirham (silver 29.75gram) mampu beli 10 ekor ayam, zaman sekarang dengan 10 dirham juga mampu dapatkan 10 ekor ayam.
Nilainya tetap kekal dan kebal kepada inflasi,
Insyaa Allah..
Begitulah,
Khaja Nazimudeen
Kredit gambar: depositphotos.com