PUNCA WANG KITA BOCOR

PUNCA WANG KITA BOCOR

Dalam buku OTAK POWER penulisan Dr Azizul Azli Ahmad (Pakar Hartanah dan Kewangan) menceritakan kebanyakkan daripada kita buat keputusan kewangan adalah disebabkan banyak dengar cakap kawan saja. Kita lebih dengar cakap kawan daripada kaji terlebih dulu sebelum bertindak.

Dalam tak sedar duit kita ditelan secara perlahan-lahan sebab dengar nasihat yang salah seperti contoh:

– Beli kereta jenama import kononnya jenama tempatan tak bagus sebab katanya nanti banyak ragam kemudian hari. Last-last pergi kerja naik motor sebab jimat kononnya, tiap bulan kena tanggung hutang kereta yang tinggi.

– Melanggan siaran berbayar astrok dengan FULL channel, tapi tengok tv tak lebih pun dari 5 channel. Tiap bulan bayar bil yang amat tinggi cajnya.

– Beli rumah katanya nak buat aset, tapi duduk sendiri tidak sewakan pun tidak sebab takut nanti rumah rosak. Tapi bayaran bulanan kita sendiri yang tanggung.

– Buat pinjaman peribadi untuk urusan kahwin. Katanya tak apa kahwin sekali je seumur hidup. Tapi disebaliknya tanggung hutangnya pun seumur hidup juga.

Ini adalah sebahagian contoh punca wang bocor dalam kita sendiri tidak sedar. Setiap bulan kita akan rasa terbeban nak bayar itu dan ini. Sedangkan punca terbeban tu, kita yang cipta sendiri.

Belajarlah hidup biasa-biasa saja.

Tak perlu kereta yang nampak gah dimata orang. Pakailah kereta biasa-biasa yang tak membebankan kewangan kita.

Tak perlu siaran berbayar dirumah pun tak apa, sebab kita boleh hidup bahgia juga kalau sekadar tonton siaran biasa-biasa.

Yang nak kahwin tak perlulah sampai buat pinjaman bank sebab nak majlis kahwin nampak meriah dimata orang sebaliknya proses selepas majlis perkahwinan itu lebih perlu diutamakan.

Perlu dingat, abaikan saja kata-kata orang dalam mengurus kewangan kita, sebab bukan mereka yang suap nasi ke mulut kita. Jangan disebabkan mereka semua, nanti hidup kita yang merana.

Begitulah,

Khaja Nazimudeen (27.11.2020)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *