Menjadikan emas sebagai alternatif simpanan bukan lagi sesuatu yang asing. Sebagaimana yang kita tahu, harga emas semakin meningkat untuk jangkapanjang.
Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan logam bersinar kuning keemasan ini semakin diminati ramai.
Selain harga yang menjadi faktor penyebab kenapa orang simpan emas, ada tak faktor lain yang membuatkan emas ini sesuai untuk kita jadikan simpanan?
𝗝𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮, 𝗔𝗗𝗔.
Antara faktor lain yang mana emas sesuai dijadikan simpanan ialah:
~ 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 ~
Setiap rungutan kita mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan selama ni, sebenarnya berpunca dari 𝗜𝗡𝗙𝗟𝗔𝗦𝗜.
Inflasi maksudnya kuasa beli duit kita semakin susut. Jadi, bagi melindungi simpanan untuk kegunaan masa depan, kita mesti backup simpanan kita dengan sesuatu yang 𝗞𝗔𝗟𝗜𝗦 𝗜𝗡𝗙𝗟𝗔𝗦𝗜.
Emas semestinya terkenal sebagai logam yang kalis inflasi kerana nilainya yang stabil dapat mengekalkan kuasa beli untuk jangka panjang.
~ 𝗠𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗰𝗮𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻𝗮𝗶 ~
Menyimpan dalam bentuk emas secara tak langsung mengajar kita untuk menyimpan secara bermatlamat. Apabila matlamat simpanan kita tercapai, emas tadi mudah dicairkan (ditukar) kepada bentuk wang tunai untuk digunakan.
Kenapa mudah? Kerana permintaan terhadap emas sentiasa tinggi terutamanya di kedai-kedai emas, kedai pajak gadai dan juga peminat emas.
~ 𝗣𝘂𝘀𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗼𝗱𝗮𝗹 𝗣𝗲𝗿𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 ~
Bagi peniaga, emas boleh dijadikan modal pusingan perniagaan. Bila perlukan duit untuk “rolling” modal niaga, pajak sahaja emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman.
Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil niaga).
Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.
~ 𝗔𝘀𝗲𝘁 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗠𝗶𝗹𝗶𝗸 ~
Emas juga dikategorikan sebagai aset mampu dimiliki. Ini kerana pemilikannya pada harga yang berpatutan (dari serendah harga 1gram) sudah pasti ramai boleh menyimpannya sikit-sikit dan akhirnya banyak.
~ 𝗔𝘀𝗲𝘁 𝗠𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗶𝗵 ~
Emas kemampuan nilainya bertahan lebih lama dan mudah dialihkan berbanding aset-aset besar yang lain (tanah, rumah) jika berlaku bencana alam.
Rumah & tanah boleh hilang nilai dan tidak boleh dibawa lari sekiranya negara berada keadaan tidak stabil (contoh; peperangan).
~ 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗠𝘂𝘁𝗹𝗮𝗸 ~
Beli sendiri, simpan sendiri dan urus sendiri simpanan emas kita. Tentu lebih meyakinkan berbanding diurus oleh pihak lain atau pihak ketiga.
Sama ada kita simpan sendiri di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), kita boleh ambil dan menggunakannya bila perlu.
Pendek kata, dengan menyimpan emas, “𝗞𝗘𝗞𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜”
~ 𝗞𝗮𝗹𝗶𝘀 𝗞𝗲𝗯𝗼𝗰𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗻𝗴 ~
Simpan duit dalam bentuk emas terbukti bertahan lebih lama daripada simpanan dalam bentuk tunai. Ini kerana secara fitrahnya emas dicipta supaya kita suka nak simpan dan duit pula sememangnya suka dibelanjakan.
Bila dah selalu tengok emas yang ada dalam simpanan, nafsu belanja kepada yang tak perlu akan automatik tertutup. Maka simpanan kita akan bertambah dan bertahan lebih lama.
Inilah antara faktor-faktor yang mendorong kebanyakkan orang diluar sana jadikan emas sebagai alternatif simpanan peribadi mereka.
Persoalan, 𝗮𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮 tergolong daripada salah satu faktor diatas? Kalau ada, tunggu apa lagi, lakukan tindakan sekarang!
Khaja Nazimudeen (28.08.2020)