AWAS SKIM CEPAT KAYA!

AWAS SKIM CEPAT KAYA!

Sejak harga emas sekarang tengah mencanak naik ni, banyak saya dengar desas desus pelaburan emas sana sini.

Hati-hati semua, perangkap sedang dipasang untuk mangsa terutama yang tamak haloba.

Banyak sejarah telah berlaku sebelum ni sekitar tahun 2011- 2015 dimana pelabur emas kecundang “masuk longkang”.

Selalunya yang kecundang terjun longkang ini bila dengar dapat keuntungan yang tak masuk akal, akhirnya mereka terus “𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗟” untuk fikir yang mana benar, yang mana tidak benar.

Cuba kita fikir secara logik, kalau benar pelaburan emas yang ditawarkan itu tulen, bank-bank dan institusi kewangan yang ada dana jauh lebih besar dan jauh lebih “pakar” dari kita akan rebut dulu.

Sudah tentu tak sempat kita nak labur, ianya dah “penuh”!

Tapi kalau kita dengar mana-mana skim pelaburan emas yang bagi pulangan tak masuk akal, sedangkan pihak bank ataupun institusi kewangan lain tak “ambil port” langsung, patutnya itu dah boleh menggambarkan ianya adalah “pelaburan yang palsu”.

𝗖𝗶𝗿𝗶-𝗰𝗶𝗿𝗶
𝗦𝗞𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗢𝗣𝗘𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦:

1) 𝗝𝗮𝗻𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽

Pelaburan emas sebenar tidak ada janjikan pulangan tetap. Pelaburan emas secara asasnya adalah “Buy Low, Sell High”. Itu saja.

2) 𝗧𝗲𝗿𝗺𝗮 𝗦𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵-𝘂𝗯𝗮𝗵

Sebelum ini ada terma iaitu “skim delay” beli emas bayar penuh, dapat pulangan bulanan dalam tempoh tertentu. Dan akhirnya dijanjikan dapat emas yang telah dibeli. Tapi hakikatnya “habuk” saja.

3) 𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗙𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮

Emas tak penting, harga tak penting, yang penting letak duit dan tunggu pulangan bulanan. Kalau penganjur letak harga tinggi ataupun rendah pun tak penting. Pendek kata dijanjikan “confirm” untung punya.

4) 𝗣𝘂𝗻𝗰𝗮 𝗞𝗲𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗔𝗕𝗨𝗥

Kalau ditanya dimana datangnya keuntungan dari pelaburan, biasanya penganjur akan berikan jawapan yang KABUR ataupun tak jawab langsung. Kalau jawab pun biasanya berbelit-belit.

5) 𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗿𝗸𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴 (𝗧𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗗𝘂𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗕𝗲𝗿𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝗸)

Secara logik kalau kita lihat orang-orang kaya mereka lebih “low profile”. Majoriti yang tunjuk duit berlambak ni adalah SKIM CEPAT MISKIN.

Kesimpulan apa yang boleh saya katakan pelaburan emas sebenar adalah, beli emas kita simpan sendiri emas tu. Dan tak ada pendapatan bulan-bulan.

Untung pelaburan emas yang sebenar asasnya adalah bergantung naik turun harga emas semasa. Itu sahaja.

Memang lambat kaya, tapi itulah cara paling selamat sebab apa pun yang berlaku dalam dunia ni, emas tu masih tetap ditangan kita.

Pelaburan paling utama sekali sebelum ceburi mana-mana jenis pelaburan adalah “𝗠𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗶𝗹𝗺𝘂”.

Begitulah,
Khaja Nazimudeen (26.08.2020)

2 thoughts on “AWAS SKIM CEPAT KAYA!

Leave a Reply to Khaja Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *