FAKTOR KENAIKAN HARGA EMAS

FAKTOR KENAIKAN HARGA EMAS

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa harga emas naik mendadak sejak dari awal tahun 2020 sehingga hari ini.

Bulan Januari awal tahun 2020 haritu harga emas dunia sekitar 1460 USD/oz,  sekarang harga emas dunia tertinggi yang pernah dicatat 1746 USD/0z. Perbezaan lebih kurang 280 USD/oz dalam masa 6 bulan. (rujuk gambar)

Sumber graf www.goldprice.org

Ini menunjukkan harga emas telah naik lebih kurang 18% dalam masa 6 bulan!

PERSOALAN KENAPA HARGA EMAS MELONJAK NAIK?

Antara faktor yang mendorong kenaikan harga emas dunia baru-baru ini adalah disebabkan “Corona Virus” yang berpunca dari negara China dan kini telah menular ke seluruh dunia termasuk negara Amerika Syarikat.

Tanpa ubat ataupun vaksin yang boleh mengubati sesiapa yang terjangkit, virus ini boleh membawa maut!

Disebabkan belum ada lagi negara yang memiliki ubat ataupun vaksin corona virus ini, ia telah menimbulkan situasi panik seluruh dunia sehingga memberi kesan kepada harga emas.

Bila situasi panik seluruh dunia berlaku, harga emas akan meningkat. Selagi masalah corona virus ini belum selesai, saya yakin harga emas akan terus meningkat lebih tinggi lagi.

Apa kaitan Corona Virus Dengan Harga Emas?

Emas adalah aset selamat (safe haven assets).¬†Sekiranya corona virus ini terus memberi kesan negatif kepada ekonomi dunia, para pelabur tidak lagi teragak-agak menekan butang “panik” iaitu akan beralih kepada emas.

Bila permintaan terhadap emas tinggi maka ia memberi kesan positif kepada harga emas (kenaikan harga).

Inilah antara faktor utama kenapa harga emas terus melonjak naik dari awal tahun sehingga sekarang.

Khaja Nazimudeen

11.06.2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *