WUJUDKAN PENDAPATAN KEKAL DULU, BERMEWAH KEMUDIAN!

WUJUDKAN PENDAPATAN KEKAL DULU, BERMEWAH KEMUDIAN!

Pernahkah kita terfikir untuk wujudkan pendapatan yang kekal iaitu “Passive Income” iaitu ada kerja ada duit, tak ada kerja duit tetap masuk.

Kebanyakkan orang yang “biasa-biasa” pendapatan mereka adalah pendapatan aktif. Pendapatan aktif bermaksud “ada kerja ada duit, tak ada kerja tak ada duit”. Kena kerja keras dulu baru dapat duit. Suka atau tak suka dengan kerja tu, mesti kena lakukan juga untuk dapatkan duit.

Pendapatan berbentuk gaji, upah, komisen dan sebagainya kita akan dapat selagi kita mampu bekerja. Ia boleh diistilah sebagai pendapatan SEMENTARA, ada kerja ada duit tak ada kerja, duit pun tak ada.

Jika ditakdirkan kita hilang upaya untuk meneruskan kerja, pendapatan kita turut terhenti (hilang). Tidak kisahlah pendapatan kita tu beratus ribu, berpuluh ribu sebulan tapi ia tetap juga hilang jika kita hilang upaya untuk meneruskan pekerjaan sebelumnya.

Sebab itu kebanyakkan orang kaya yang bijak, mereka tidak akan menggunakan pendapatan yang sebegini untuk bermewah-mewah sebab mereka tahu pendapatan begini sifatnya hanya sementara.

Mereka akan gunakan pendapatan sebegini untuk membina harta yang mampu menjana pendapatan pasif (passive income) seperti menabung di Tabung Haji, ASB supaya mereka dapat dividen setiap tahun atau mereka beli hartanah untuk dapat duit daripada sewaan bulanan.

Selain daripada itu ada juga sebahagian daripada mereka membina bisnes yang kukuh sehingga bisnes itu boleh berjalan dengan sendirinya.

Setelah itu apabila harta-harta mereka semua dah cukup untuk menjana pendapatan yang boleh cukupkan keperluan hidup, barulah sesuai jika mereka inginkan sedikit kemewahan sebab semua itu dibayar dengan pendapatan yang KEKAL tanpa perlu bekerja keras lagi.

TABIAT MENYIMPAN IBARAT MENANAM POKOK DURIAN

Bina harta ni ibarat seperti menanam pokok durian. Hari ini kita tanam, tuai hasil keesokkannya.

Kita mulakan tabiat menyimpan sebahagian pendapatan setiap bulan, ia ibarat menanam benih pokok durian. Dah tanam ia perlukan baja, dan perlu disiram sentiasa selama beberapa tahun lamanya. Jangan dicantas pokok itu selagi ia belum mengeluarkan hasil (buahnya). Ia perlukan masa untuk kita benar-benar merasai nikmat buahnya.

Bila pokok itu sudah cukup besar dan mengeluarkan buahnya, kita tidak lagi perlu siram pokok tu. Itulah pendapatan pasif yang mana kita tidak lagi perlu menjaga pokok tu lagi.

Kesimpulannya, menanamlah (menyimpan) hari ini. Jagalah pokok itu dengan sebaik mungkin supaya suatu hari nanti kita dapat menikmati hasilnya sepanjang hayat.

Tak berjaya nak simpan pendapatan dalam bentuk tunai, saya rekeman simpan ia dalam bentuk tunai. Insyaa Allah dengan cara begini ramai terbukti telah berjaya.

Khaja Nazimudeen

08.06.2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *