Ada sesetengah guru kewangan menganggap emas adalah aset yang kalis hiperinflasi, bukan kalis inflasi.

Tapi saya berpendapat, emas memang kalis inflasi. Inflasi wujud sebab duit kertas tiada nilai sebenar. Nilainya berubah-ubah bila berubahnya;

(a) supply of money

(b) demand of the currency

Jadi asasnya, kenaikan harga barang dalam jangka panjang adalah pasti, bukan sebab demand & supply kepada barangan tu, tetapi sebab nilai duit yang sentiasa merosot.

Duit kertas gagal memenuhi fungsi sebenar duit sebab;

(a) ia tidak mampu menyimpan nilai;

(b) ia tidak mampu menjadi unit pengukur sebab nilainya berubah-ubah;

(c) ia gagal menjadi medium transaksi yang adil sebab nilainya yang berubah-ubah itu.

Berbeza dengan emas. Nilai emas dipegang kukuh oleh berat dan ketulenannya. Simpanlah beribu tahun sekalipun, nilainya kekal.

Sebagai contoh, nisbah 1 ekor kambing dan 1 dinar (emas 4.25 gram) adalah kekal sejak 1400 tahun dulu sampai sekarang.

Dengan emas 1 dinar hari ini, kita masih mampu membeli seekor kambing. Walaupun kambing ada banyak jenis dan saiznya, tapi 1 dinar itu masih munasabah ditukarkan dengan seekor kambing.

Jadi dalam situasi ini, berapa peratuskah kadar inflasi kambing sejak 1400 tahun dulu berbanding emas?

Jawabnya ialah 0%.

Khaja Nazimudeen

30.04.2020 (Khamis)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *