Gaji besar hanya batu loncatan untuk kita mencapai matlamat kewangan, bukan untuk dihabiskan dengan gaya hidup mewah.

Sebesar mana pun gaji yang kita dapat tapi kalau nak simpan sedikit pun tak reti, maknanya sia-sia kita habiskan masa bekerja bertahun-tahun.

Kekayaan bukan diukur daripada apa yang kita pakai atau guna sekarang, tapi ia diukur daripada berapa banyak simpanan yang kita ada untuk masa depan.

Biarlah kita simpan sikit-sikit daripada tak ada langsung simpanan. Kelak disaat kecemasan kita sudah ada simpanan.

Menilai kesihatan kewangan KITA.

Tanya diri kita satu soalan. “๐˜ผ๐™™๐™–๐™ ๐™–๐™ ๐˜ผ๐™ ๐™ช ๐™‹๐™ช๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ž ๐™Ž๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™–๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™˜๐™š๐™ข๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ 3 ๐™ ๐™š 6 ๐™—๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ”

Jika kita tak ada simpanan kecemasan 3 ke 6 bulan gaji, maka kita perlu fokus untuk membina simpanan ini terlebih dahulu.

Seeloknya simpanan ini adalah dalam bentuk tunai di Tabung Haji atau ASB (sebab susah nak withdraw dan jangan link dengan ATM).

Namun, jika simpanan kecemasan kita tak pernah berjaya dicukupkan, maka bolehlah dipertimbangkan untuk menyimpan dalam bentuk emas.

Ini kerana, emas tidak senang untuk dibelanjakan. Kita ada tempoh bertenang untuk belanjakan emas.

Kesimpulannya bila tukar duit jadi emas, maka senang nak simpan atau mudah untuk mencukupkan simpanan kecemasan minima 3 ke 6 bulan pendapatan.

Begitulah,

๐™†๐™๐™–๐™Ÿ๐™–๐™‰๐™–๐™ฏ๐™ž๐™ข๐™ช๐™™๐™š๐™š๐™ฃ

20.02.2020 (Khamis)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *