Melabur emas ramai orang tahu akan kelebihannya, tapi ramai juga yang tersalah cara melabur dalam emas.
Selama saya berkecimpung dalam dunia emas selama 8 tahun ini banyak kesalahan yang saya dapati pelabur emas lakukan.
Antara kesalahan yang biasa pelabur emas lakukan seperti dibawah, teruskan pembacaan:
Tanpa Ilmu
Jadikan emas sebagai pelaburan tanpa ilmu boleh melingkupkan pelabur. Sebelum nak melabur dalam emas carilah ilmu sebanyak yang mungkin. Ilmu boleh diperolehi melalui pembacaan atau berguru dengan pakar dalam bidang tersebut.
Tungu Harga Rendah Pembelian Pertama
Pelabur tak akan faham sekiranya tidak membuat belian pertama. Sukar untuk buat penanda harga tersendiri selagi tidak membeli. Tunggu harga terbaik untuk buat belian pertama ia tidak mengubah apa-apa, malah boleh menyebabkan modal untuk permulaan itu “hangus” terbelanja.
Membeli Emas Jenis Perhiasan
Emas jenis perhiasan kurang sesuai untuk dijadikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana harga emas perhiasan kebiasaannya lebih mahal dari emas jenis Jongkong & Syiling Dinar ini kerana barang kemas ada kos tambahan iaitu “Kos Upah Tukang”. Spread (susut nilai) lebih tinggi bila nak jual semula.
Beli Di Kedai Emas Luar
Di kedai emas (luar) harga mereka lebih mahal sebab harga mereka dikawal oleh Persatuan Pekedai Emas. Terlalu banyak syarat yang dikenakan seperti tak boleh buka seal & resit pembelian perlu ada semasa menjual semula dan macam-macam syarat yang cerewet dikenakan. Jika seal emas tu dibuka ia dikira emas terpakai dan susut nilai boleh mencecah sampai 40%.
Beli Guna Duit Kecemasan
Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Harga emas tidak dijamin akan naik setiap masa dalam jangka pendek. Jika duit yang nak beli emas dari duit kecemasan, elakkan beli emas kerana berkemungkinan besar akan berlaku kerugian semasa jualnya nanti.
Buat Pinjaman Beli Emas
Tidak sepatutnya buat pinjaman untuk melabur dalam emas. Sebaiknya pelaburan adalah dari duit lebihan yang tidak tahu dimana nak digunakan.
Pajak Emas Tanpa Sebab Kukuh
Pajak emas membuatkan diri menanggung hutang. Kebiasaannya terdedah dengan ilmu yang salah seperti teknik Memanipulasi Emas dengan platform Ar-Rahnu. Gunakan platform Ar-Rahnu apabila betul-betul memerlukan tunai contohnya sebagai pusingan modal perniagaan.
Buka Seal (Sarung Plastik)
Gatal tangan dengan membuka seal (sarung plastik) boleh membuatkan pelabur kerugian kerana semasa menjual semula spread boleh naik cecah sampai 40% dan ada juga yang tidak menerimanya langsung.
Jual Tempat Lain
Jual emas tempat yang salah juga buatkan pelabur kerugian. Kadar Spread berbeza bagi setiap kedai emas. Sebaiknya dimana beli disitu kita jual semula.
Begitulah,
KhajaNazimudeen
20.01.2020 (Isnin)