TIPS SIMPAN EMAS BERMODAL KECIL.

TIPS SIMPAN EMAS BERMODAL KECIL.

Kebanyakkan orang tahu kelebihan menyimpan emas. Tapi majoritinya berfikir nak simpan emas ini perlukan modal yang besar.

Selama ini, apa yang saya perhatikan mereka masih tidak tahu yang mana emas boleh dibeli dalam kadar atau unit yang kecil seperti 1/2gram atau 1 gram.

Buat masa ini saya rasa tidak ada cara yang paling baik untuk membeli emas bagi yang bermodal kecil kecuali melalui Gold Accumulation Program (GAP) dari Public Gold. Kaedah Beli Emas Akaun GAP

Dengan GAP, pembeli akan membeli gram emas, dari gram tersebut pembeli boleh mengeluarkan emas dalam bentuk gold bar atau dinar.

Jika tidak, jumlah gram akan dikumpulkan dan boleh dilihat dengan melayari akaun GAP.

Selain daripada itu, pembeli juga boleh terus menjual gram emas yang dimiliki tanpa perlu mengeluarkan emas fizikalnya.

GAP ternyata medium yang sangat baik bagi mereka yang bermodal kecil atau takut simpan emas sendiri di rumah.

Bukan itu saja, GAP juga sangat sesuai untuk warga Malaysia yang belajar atau bekerja di luar negara. Apabila mereka pulang ke tanahair, mereka telah pun memiliki emas yang dibeli sedikit demi sedikit melalui GAP.

Dan untuk pengetahuan, mana-mana akaun yang kita buka mesti ada syarat-syaratnya. Cuma akaun emas GAP ini tidak serumit akaun bank yang pernah kita tahu. Apa syaratnya?

SYARAT UTAMA AKAUN GAP:

1) Emas yang boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal minimum berat 1gram dan keatas,

2) akaun tidak boleh diwakilkan kepada sesiapa untuk keluarkan emas. hanya penama saja,

3) belian emas minima RM100 atau ikut harga pergram semasa,

4) Semasa keluarkan emas ada caj premium dari serendah RM10 (ikut item),

5) pegangan baki minimum akaun 1gram. jika keluarkan habis, akaun dikira tutup, kemudian nak buka semua perlu bayar RM50 (fees).

Mulalah menyimpan emas dari sekarang walaupun hanya serendah 1 gram sebulan. Tidak mustahil satu hari nanti ia akan menjadi ketulan emas yang lebih besar.

Begitulah ceritanya kisah akaun emas GAP.

Khaja Nazimudeen
16.01.20 (Khamis)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *