Ada 2 keadaan pembeli dan penyimpan emas yang biasa saya jumpa. Samada mereka gembira ataupun kecewa setelah mula simpan emas?
Disini ada 7 tips untuk elakkan diri daripada kecewa, selepas mula membeli dan menyimpan emas, baca selanjutnya dibawah;
1. Tetapkan matlamat yang betul anda dan emas, rata-rata yang menjadikan emas sebagai “forgotten saving” mereka happy sepanjang masa.
2. Beli emas dengan berilmu, tahu ciri-ciri emas yang baik untuk disimpan. Bukan main hentam membeli dan ingat emas semuanya sama saja. Rupa mungkin sama, kelebihannya berbeza.
3. Mesti faham harga emas ada turun naik jangka pendek. Jika faham perkara ini maka anda tak akan kecewa sebab harga naik boleh senyum, harga turun pulak jadikan ianya bonus untuk tambah gram emas lagi.
4. Ketahui fungsi emas, buka minda luas-luas. Emas bukan sekadar untuk MELABUR sahaja. Letakkan matlamat yang jelas, apa yang kita inginkan dengan memperalatkan emas.
5. Belilah dengan syarikat yang ada kredibiliti macam publicgold. Jangan ingat semua brand emas sama saja. Kalau seorang “salesman” akan berkata emas juga, nanti tak pasal-pasal anda kecewa. Carilah pembimbing yang dapat kongsikan ilmunya bukan hanya pentingkan komisyen semata.
6. Betulkan salah faham labur emas dapat duit tiap-tiap bulan, lambat laun anda pasti kecewa. Emas tidak memberikan pulangan tetap, konsep pelaburan emas secara asasnya hanya “buy low, sell high” saja.
7. Baca buku-buku yang berkaitan dengan emas. Banyak ada dijual diluar sana. Malas membaca, pasti buatkan anda kecewa.
Begitulah,
Kalau kecewa juga lepas ikut tips diatas ini, saya cadangkan anda mandi bunga 7 jenis air kolah 7 masjid, kehkehekeh😁
Khaja Nazimudeen
07.01.2020 (Selasa)