EMAS PENYELAMAT NILAI

EMAS PENYELAMAT NILAI

Salah satu sebab kenapa saya simpan emas adalah untuk lindungi kekayaan daripada hilang disebabkan kejatuhan nilai ringgit.

Graf harga emas 5 tahun sebelum dalam USD
Graf harga emas 5 tahun sebelum dalam RM

Pada tahun 2015 harga emas dunia turun sekitar USD1050/oz, tapi harga emas di Malaysia dari sekitar RM140/gram terus naik sehingga sekitar RM160/gram.

PERSOALANNYA KENAPA JADI BEGITU?

Kalau kita toleh kebelakang iaitu sekitar tahun 2015, nilai ringgit telah pun jatuh sekitar 35% disebabkan berlakunya ketidakstabilan ekonomi & politik di tanah air kita ketika itu.

Ribut ekonomi yang berlaku dinegara kita sekitar tahun 2015 adalah penyebab harga emas Malaysia tidak jatuh sepertimana harga emas dunia yang jatuh pada tahun itu, bahkan harga emas Malaysia semakin naik dek kerana yang jatuh adalah nilai ringgit.

Ini bermaksud emas dapat mempertahankan kekayaan kita dari terus susut niali disebabkan kejatuhan nilai ringgit.

Emas adalah altenatif bagi simpanan duit, sebab duit kertas yang kita gunakan sebelum ini juga asalnya adalah bersandarkan kepada emas.

Kalau kita buat sedikit kajian sejarah tentang emas, 1400 tahun yang lepas (zaman Nabi), dengan 1 dinar emas mampu beli seekor kambing. Tetapi hari ini dengan 1 dinar emas (harganya sekitar RM900) masih mampu beli seekor kambing (nilainya kekal).

Dalam kewangan, ada duit perlu disimpan dan ada duit perlu dilaburkan bagi mengembangkan kekayaan. Tapi bukan semua duit perlu dilaburkan. Mungkin nampak bijak semua duit kita gunakan untuk “PELABURAN” tetapi kita juga berisiko dengan duit itu bertukar jadi “PELEBURAN”.

Simpan emas untuk SELAMATKAN nilai. Biar tak berkembang pun simpanan tu, asalkan yang lebih penting KUASA BELI kekal iaitu tak hilang sebagaimana nilai duit kertas.

PERSOALAN, BERAPA BANYAK PERLU SIMPAN EMAS?

Simpanlah minima 10% daripada nilai kekayaan kita yang sediaada. Kalau mampu banyak kita buat banyak. Kalau mampu sikit kita buat sedikit. Asalkan jangan tiada langsung.

Menyimpan emas mungkin tidak membuatkan kita kaya raya, tapi yang pastinya emas dapat melindungi kita daripada jatuh miskin.

Khaja Nazimudeen (19.11.2019)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *