Apa itu Public Gold?

  • Public Gold adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti jual beli emas dan perak ( jongkong, dinar, dirham ) aka Industrial Precious Metal.
  • Public Gold tak ada kena mengena dengan Public Bank.
  • Syarikat ini telah bertapak di Malaysia seawal tahun 2008 dan diasaskan oleh Dato Wira Louis Ng Chun Hau.

 

HQ Public Gold ni di mana? Ada cawangan tak?

  • HQ Public Gold terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  • Public Gold ada 19 cawangan di seluruh Malaysia (kecuali Perlis), 1 di Singapura dan 1 di Indonesia.

Produk Public Gold ni dari mana?

  • Produk Public Gold didatangkan khas dari Turki.
  • Public Gold telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar emas terkenal di sana; Nadir Metal Refinery Group dan diberi kepercayaan serta dilantik menjadi pengedar tunggal produk Industrial Precious Metal (IPM) yang bertaraf London Bullion Market Association (LBMA) di Malaysia.

Produk Public Gold ni kena GST tak?

  • Tak. Produk Public Gold ( jongkong, dinar, dirham ) bertaraf LBMA dan dengan itu dikecualikan dari GST 6%.
  • Pengecualian dari GST 6% ini amat menguntungkan pelanggan.

Di mana boleh saya tengok harga produk Public Gold?

  • Harga produk Public Gold boleh dilihat di laman web www.publicgold.com.my
  • Untuk info-info atau promosi-promosi lain boleh juga lihat di Facebook Public Gold International Bhd.

Nak beli produk Public Gold perlu jadi ahli tak?

  • Tak perlu. Pembelian mana-mana produk Public Gold telah melayakkan kita menjadi pelanggan berdaftar. 

Jadi tak ada la harga istimewa untuk ahli ye?

  • Tak ada. Harga yang tertera di laman web Public Gold adalah sama untuk semua. “Satu Harga Untuk Semua”

Simpan emas Public Gold ni dapat bonus bulanan atau tahunan tak?

  • Tak dapat. Syarikat ini tidak menjalankan perniagaan bermodus operandi skim cepat kaya.
  • Keuntungan dari emas secara asasnya adalah “Buy Low, Sell High” atau dengan meniagakannya.

Emas Public Gold ni mudah dipajak tak?

  • Sangat mudah. Emas jenama Public Gold diterima tanpa ragu di Pos ArRahnu seluruh Malaysia dan di Koperasi Dagang Emas (KDE).
  • Antara institusi lain yang menerima pajakan emas Public Gold adalah Bank Rakyat, Bank Pertanian dan ArRahnu Exchange (bergantung pada terma & syarat).

Apa pilihan produk yang ditawarkan oleh Public Gold?

  • Produk Public Gold yang utama adalah jongkong emas dan perak, syiling dinar dan dirham.

Jongkong emas dengan variasi berat 0.5gm hingga 1kilo.

Jongkong perak dengan variasi berat 100gm hingga 1kilo

Dinar dengan variasi 1/2dinar hingga 10dinar

Dirham 10dirham.

Ada tak produk lain yang ada kaitan dengan Public Gold?

  • Ada. Public Gold adalah pengedar sah emas perhiasan jenama Aurora Italia dan pengasas kepada platform jual beli atas talian iaitu PG Mall.

 

Urusniaga dengan Public Gold ni patuh syariah tak?

  • Ya. Public Gold telah mendapatkan sijil patuh syariah. Panel syariah Public Gold iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Shariah untuk Bank Negara Malaysia.
  • Jadi pembeli emas Public Gold boleh beli emas dengan penuh yakin dan tak perlu risau tentang hukum jual beli emas bersama Public Gold. Ianya telahpun disahkan oleh pakar mualamat yang ternama di dunia.

Ok, dah kenal Public Gold kan.. nak mula buat belian atau simpanan emas boleh ikut langkah-langkah seperti diruang sebelah kanan laman web ini. 🙂

 

Khaja Nazimudeen Yaacop

Ipoh, Perak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *