Boleh dikatakan semua orang nak kaya. Tak ada siapa yang nak miskin. Kalau ada orang yang cakap “aku tak nak kaya” itu semua bohong belaka disebabkan ego menguasai diri atau takut untuk berubah.

“Bayar diri sendiri dulu baru bayar orang lain” ayat ini banyak digunakan oleh pakar-pakar kewangan seluruh dunia termasuk Robert T. Kiyosaki dalam bukunya RichDadPoorDad.

Katanya dalam buku tersebut kalau kita tidak dapat mengawal diri sendiri, adalah lebih baik kita tidak perlu berangan-angan untuk jadi kaya.

Maksud beliau kalau kita kaitkan dari sudut membina kekayaan, kalau kita tidak pandai mengawal (simpan duit) aliran kewangan jangan mimpi kita boleh jadi kaya.

Sebagai contoh yang diberi, ramai orang dapat durian runtuh (duit banyak), tapi kembali miskin semula disebabkan tidak boleh mengawal diri bila nampak duit. Duitya habis sekejap saja tanpa disimpan.

Sebab itu fomula untuk bina kekayaan adalah seperti ini;

Pendapatan – Simpanan = Belanja

Kaya itu bermulanya dari simpanan. Tak menyimpan macam mana nak jadi kaya. Tak ada Magic yang membolehkan kita bertukar menjadi kaya.

Menyimpan bagi orang biasa-biasa mungkin nampak sukar, tapi dengan adanya disiplin atau kawalan diri yang baik saya yakin ramai orang mampu melakukannya.

Apa yang saya dapati kita semua (makan gaji) bila dapat gaji akan mengutamakan bayar kepada orang lain dulu (bayar bil, duit pinjaman dll) berbanding diri sendiri. Membayar kepada diri sendiri akhir sekali. Ini fomula kewangan yang SALAH!

Kenapa kita nak kayakan orang lain dulu berbanding diri sendiri yang lebih perlu diutamakan?

Kita perlu ubah cara pengurusan kewangan untuk kita bina kekayaan. Saya tahu ia nampak sukar tapi saya pasti kalau kita boleh lakukan seperti fomula diatas kita pasti akan kaya dan berjaya dunia akhirat.

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *