Urusan jual beli emas kebiasaannya masyarakat memandang berat dalam isu “syariah”. Bila sesebuah syarikat tidak ada pengesahan dari mana-mana panel syariah ia boleh dijadikan isu besar.

Tidak syariah atau belum disahkan patuh syariah ia adalah dua perkara yang berbeza maksud. Belum disahkan patuh syariah tidak bermakna urusan jual beli emas itu tidak patuh syariah.

Alhamdulillah, Public Gold telah menunjukkan bukti bahawa kesungguhan untuk mendapatkan pengesahan dari panel syariah telah dicapai setelah  diadakan majlis Shariah Certification Press Conference pada 8 Februari 2017.

Sijil Ditandangani pada 16 Disember 2016

Ini membuktikan bahawa Public Gold bukan saja mementingkan keuntungan semata-mata dari hasil jual beli emas malah ia menitikberatkan isu syariah bagi pembeli emas yang beragama Islam.

Dan yang terbaru iaitu pengesahan syariah bagi produk jual beli emas iaitu Gold Accumultion Program atau lebih dikenali sebagai akaun emas GAP juga telah disahkan mematuhi syariah yang telah ditetapkan, (Lihat gambar)

Sijil Ditandangani pada 29 September 2017

Dengan adanya pengesahan syariah dari panel syariah yang bertauliah dan bertaraf antarabangsa Armanie Advisors (http://amanieadvisors.com/new/) pembeli emas Public Gold tidak lagi perlu berasa was-was untuk membeli emas jenama Public Gold.

Saya tertarik dengan kata-kata Pengerusi Armanie Advisors iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas (bukan bank) yang ada pengesahan syariah dalam urusan jual beli emas (perak) di Malaysia.

Penjelasan peribadi oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar tentang kronologi proses pengesahan syariah Public Gold dan perkembangan standard syariah dalam jual beli emas dunia yang diterajui oleh World Gold Council (WGC) sendiri.

Dengan pengesahan ini juga, pihak Amanie Advisors akan membuat audit berkala terhadap Public Gold untuk memastikan urusniaga yang dijalankan adalah mengikut syariah.

Dengan perkembangan ini juga, mudah-mudahan Public Gold  menjadi model yang boleh dicontohi oleh syarikat-syarikat emas lain tertutamanya di Malaysia. Ini adalah sejarah baru bagi industri pelaburan emas di Malaysia, alhamdulillah.

Sekarang, semua orang boleh beli emas tanpa was-was, insyaAllah.

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *