KRITERIA EMAS PELABURAN TERBAIK

KRITERIA EMAS PELABURAN TERBAIK

Emas semuanya sama, ini pemikiran yang salah. Bukan semua emas sesuai untuk tujuan pelaburan. Kalau kita beli emas untuk tujuan pelaburan, hanya dua bentuk saja yang sesuai iaitu sama ada gold bar (jongkong emas) ataupun syiling emas (termasuk dinar). Gold bar dan syiling kebiasaannya dikeluarkan dengan ketulenan 995 dan keatas.

Kalau sebut barang kemas, ia tidak sesuai untuk tujuan pelaburan kerana harganya sangat mahal dan spreadnya sangat tinggi. Ini kerana ia dibuat bertujuan untuk perhiasaan bukan untuk pelaburan.

Bila nak beli emas jongkong atau syiling pula, kita mesti semak enam kriteria penting secara pakej sebelum memilih atau membelinya. Tidak boleh hanya bergantung kepada satu atau dua kriteria saja.

Emas walaupun harganya paling murah saja tidak semestinya ia yang terbaik, sama seperti memilih bakal isteri. Perempuan yang cantik tidak semestinya dia yang terbaik untuk dijadikan isteri. Cuba kita perhatikan berapa banyak rumah tangga yang bercerai-berai walaupun isterinya cantik.

Nabi juga menyarankan kita mengambil kira empat kriteria dalam pemilihan bakal isteri iaitu: Hartanya, Keturunannya, Kecantikannya dan juga Agamanya. Pertimbangan secara pakej!

Begitu juga dalam pemilihan emas yang kita nak beli. Tak kisah apa jenama sekalipun, kita mesti menilainya Secara Pakej. Kriteria ini yang akan menentukan sejauh mana kita dapat menjana keuntungan yang maksimum daripada emas tersebut.

Ini kriteria-kriteria yang saya maksudkan;

1) Harga Rendah

Sebelum membeli, bandingkan harga per gram emas dengan syarikat pengeluar emas yang lain. Harga yang lebih rendah adalah lebih baik. Kita dapat beli gram yang lebih dengan bajet yang sama. Namun kena berhati-hati, semak juga kos lain yang berkaitan seperti contoh caj premium, ataupun kos upah.

KadarĀ  spread emas Public Gold (Terkini)

2) Spread Nipis

Spread iaitu perbezaan harga jual dan harga beli. Lagi rendah (atau nipis) spreadnya lebih baik. Spread yang bakal menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang bakal kita akan perolehi bila harga emas naik. Lagi nipis spread, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya. Mengikut pakar pelaburan emas iaitu guru emas saya Encik Syukor Hashim spread berbaloi untuk emas pelaburan adalah dibawah 10% saja.

3) Stok Tiada Had

Memastikan pembekal boleh bekalkan stok walaupun ketika harga emas jatuh. Sebab kebanyakkan pembekal emas hanya boleh menjual emas ketika harga emas tinggi tetapi gagal menjual ketika harga emas jatuh. Kalau nak beli terpaksa membeli ketika harga emas tinggi. Ini merugikan pelabur emas.

Ketika harga emas jatuh itulah masanya memborong emas dengan banyak tapi jika tersalah pilih pembekal, pelabur emas hanya boleh “melopong” sahaja melihat harga emas murah tanpa boleh buat apa-apa belian.

Senarai cawangan Public Gold Seluruh Malaysia, Singapura & Indonesia

4) Banyak Cawangan Urusan Jual Beli

Cawangan yang banyak akan memudahkan kita untuk berurusan jual beli, ini sangat penting. Kita tidak boleh bergantung kepada agen atau dealer dalam urusan jual beli kerana komitmen mereka tidak menentu terutama ketika nak menjual nanti.

Pengalaman saya ramai agen yang boleh menjual tapi ramai yang tidak boleh membeli. Mungkin disebabkan modal mereka terhad. Jadi adalah sebaiknya berurusan secara terus dengan syarikat pembekal, tapi jika syarikat pembekal kekurangan cawangan itu amat sukar kepada kita kelak.

Rupa asal telah rosak (dibuka seal) – kredit foto

5) Jaminan Beli Semula (tidak cerewet)

Kenalpasti dulu syarat beli semula dari syarikat pembekal. Sebab kebanyakkan syarikat pembekal emas mengenakan syarat yang ketat untuk membeli semula emas yang telah dijual.

Antaranya perlu ada resit belian asal untuk menjualnya pada harga yang tinggi. Ada juga meletakkan syarat kondisi emas perlulah dalam keadaan asal tanpa ada kesan rosak (kecacatan). Kalau ada kecacatan mereka tidak akan membelinya semula atau beli dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga semasa.

Kita terpaksa menanggung risiko kerugian bila jual dikedai luar dengan spread 25% hingga 40% dari. Ini amat merugikan kita nanti!

Emas yang terbaik untuk dibeli ialah mendapat jaminan dari pembekal. Dengan memberi jaminan beli semula walaupun emas didapati telah rosak atau calar dari rupa asalnya.

6) Tanpa Caj GST

Setakat sehingga hari ini syarikat emas tempatan (emas pelaburan) yang tidak dikenakan caj GST adalah syarikat Public Gold. Caj gst ini juga salah satu kayu ukur untuk mengukur keuntungan dalam pelaburan emas. Jika emas yang kita beli ada caj gst maka kita akan rugi banyak dalam pembelian emas.

Inilah enam kriteria paling penting yang perlu kita semak sebelum memilih mana-mana pembekal emas untuk tujuan pelaburan. Beli untuk tujuan koleksi, mana-mana emas pun tidak tak apa.

Ingat pesanan ini, pilih secara pakej! Bukan hanya satu atau dua kriteria saja.

 

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *