Emas Backup Belanja Hangus

Emas Backup Belanja Hangus

Ada sebahagian penyimpan emas akan jadikan emas sebagai backup untuk belanja hangus. Mereka akan cagarkan emas untuk dapatkan tunai bagi perbelanjaan yang akan dibelanja hangus.

Sebagai contoh, memerlukan tunai RM1000 untuk memperbaharui cukai jalan, mereka akan pajak saja emas di Ar-Rahnu untuk dapatkan pinjaman tunai bagi menampung kos perbaharui cukai jalan.

Kemudian mereka akan membayar balik pinjaman tersebut secara ansuran sehingga selesai. Akhirnya, cukai jalan selesai diperbaharui dan emas itu akan kekal dalam simpanan mereka.

Persoalannya adakah ianya berbaloi untuk dipraktikkan?

Simpan Dulu Belanja Kemudian

Cara yang paling ideal adalah buat bajet secukupnya untuk perbelanjaan dimasa depan. Kemudian buat simpanan tetap setiap bulan untuk perbelanjaan memperbaharui cukai jalan tersebut. Prinsip asas adalah “simpan dulu baru belanja”.

Kaedah begini sebenarnya lebih ideal, tapi hakikatnya berapa ramai yang mampu menyimpan duit dengan secara berdisiplin, berbanding berdisiplin membayar hutang.

Maka menjadikan emas sebagai backup belanja hangus adalah lebih baik berbanding duit mereka hangus begitu saja. Sebabnya apabila emas mereka dalam pajakan Ar-Rahnu, mereka akan meletakkan target untuk keluarkan emas dengan berdisiplin membayar hutang.

Walaupun dari sudut matematik sebenarnya mereka rugi disebabkan kos pajakan yang perlu dibayar, tetapi dari sudut emosi mereka menang.

Untung Dari Sudut Psikologi

Kaedah ini adalah lebih baik berbanding buat pinjaman peribadi dibank untuk perbelanjaan hangus. Simpan dahulu (walaupun dalam bentuk emas). Kemudian baru dibelanjakan.

Sebagai peringatan kalau ada sesiapa nak guna emas sebagai backup belanja hangus, kenalpasti terlebih dahulu sumber duit untuk membayar pinjaman Ar-Rahnu supaya emas tersebut dapat dikeluarkan dalam tempoh yang ditetapkan. Ia bagi mengelakkan emas itu dilelong disebabkan kegagalan kita untuk keluarkannya.

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak.

2 thoughts on “Emas Backup Belanja Hangus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *