Secara asasnya yang boleh saya katakan waktu terbaik beli emas ialah bila kita ada duit bertujuan untuk disimpan dalam jangkapanjang.

Simpanan jangkapanjang bermaksud simpanan untuk suatu tempoh yang lama sekurangnya 1 tahun ataupun lebih. Contohnya seperti simpanan pendidikan anak, simpanan untuk kerjakan ibadah umrah/haji dan lain-lain.

Kebiasaannya bagi penyimpan emas (Gold Saver) ni, bila ada saja duit lebihan mereka akan terus tukarkan duit jadi emas tanpa perlu tunggu harga emas rendah (atau harga terbaik) atas faktor-faktor ini;

BELI DALAM JUMLAH KECIL

  • Biasanya gold saver ini beli bukan dalam jumlah besar tapi ianya berterusan (konsisten). Minima pembelian 1 gram 1 bulan.
  • Kalau harga rendah ianya satu bonus bagi mereka untuk menambah gram dari biasa.

KONSISTEN MEMBELI TANPA KIRA HARGA

  • Gold saver ini akan beli secara konsisten. Bila beli dalam keadaan konsisten dalam pelbagai harga ianya akan dapat mengecilkan kos belian yang dipanggil KOS PEMURATAAN.
  • Seperti contoh tiga kali belian RM170/g, RM180/g dan RM190/g. Maka kos purata keseluruhan belian ialah RM180/g.

SELAMAT DARI TERPAKAI

  • Gold saver ini biasanya mereka tidak akan menunggu harga terbaik untuk buat belian. Sebab biasanya risiko duit itu habis (bocor) adalah lebih besar berbanding menunggu harga terbaik.
  • Mungkin nak tunggu harga turun seringgit dua, tapi yang habis habis (bocor) lebih besar dari dari beza seringgit dua.

FIKIR SIMPANAN UNTUK DILUPAKAN

  • Gold saver biasanya simpan emas untuk jangkapanjang, bukan untuk dijual dalam masa terdekat (singkat).
  • Tukar duit jadi emas sebagai alat SIMPANAN DILUPAKAN. Jual emas bila terdesak bila duit tunai lain dah kehabisan.

Gold saver fokus utama adalah pertambahan gram dalam simpanan bukannya perkembangan RM (harga emas). Sebagai contoh dari segram mesti akan ada gram yang kedua dan keseterusnya.

Jika kita sebagai gold saver jangan biarkan emosi naik turun harga emas mengganggu fikiran kita kerana fokus sebenar kita pada gram bukannya RM.

 

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *