PEMBELI EMAS RUGI, BILA?

PEMBELI EMAS RUGI, BILA?

Bila sebut pasal emas biasanya ramai yang mengakui simpan emas “Untung” tapi ramai juga tidak perasan ianya juga boleh menyebabkan kita rugi selepas beli emas.

Kenapa ye?

Ini persoalan yang selalu orang terlepas pandang tentang emas bila nak membelinya. Kita nak beli emas perlu tahu beberapa aspek agar kita beli emas bukan termasuk dalam kategori yang merugikan.

Ok, antara sebab-sebab beli emas boleh jatuh rugi seperti saya huraikan dibawah;

# BELI HARI INI, JUAL KEESOKANNYA

Jika kita beli emas hari ini dan akan jual emas pada keesokkan harinya dengan mengharapkan keuntungan bila jual balik, saya jamin belum tentu untungnya. Yang pasti adalah rugi.

Pasti rugi adalah kerana setiap emas yang dibeli ia ada susut nilai (spread) bila kita nak jual balik. Nak jual semula nanti akan ditolak spread dari nilai emas semasa. Maka disitu kita akan rugi. Nak jual semula kena tunggu harga emas melepasi peratusan spread bagi setiap emas yang dibeli baru ada untung.

Sebab tu beli emas adalah bertujuan simpanan jangkapanjang yang lebih menguntungkan. Bukan beli hari ini dengan mengharapkan esok dan boleh untung.

Melainkan kita adalah seorang peniaga emas. Beli hari ini esok dah boleh jual. Sebabnya peniaga emas akan menjual emas dengan ikut harga semasa.

# TERSALAH BELI EMAS (Barang Perhiasaan)

Beli emas tujuan untuk simpanan, adalah lebih baik beli emas dalam bentuk jongkong (bar) atau syiling (coin). Ini disebabkan harganya jauh lebih murah dan spread yang lebih kecil serta tanpa kos upah tukang.

Jangan anggap emas semuanya sama. Antara ayat yang biasa saya dengar orang gunakan ialah “Janji Emas“. Ini salah sama sekali.

Susut Nilai (Spread) 20% – 40% & Caj GST 6%

Emas berbentuk perhiasaan tidak sesuai dibeli JIKA hanya sekadar untuk simpanan. Sebab harganya adalah jauh lebih mahal berbanding emas berbentuk jongkong atau syiling.

Emas bentuk perhiasaan ada kos tambahan yang perlu kita bayar iaitu KOS UPAH TUKANG serta caj GST 6%. Bukan itu saja, dari segi spread masa jual balik ianya lebih besar (20%-40%) berbanding emas bentuk jongkong (bar) atau syiling (coin).

Bagi sesiapa yang beli emas bertujuan untuk simpanan, adalah disyorkan beli emas dalam bentuk jongkong atau syiling yang lebih berbaloi-baloi agar kita tidak mengalami kerugian dalam pembelian.

* Setakat ini produk emas jongkong & dinar tempatan yang dikecualikan dari GST 6% adalah produk Public Gold

# TERSALAH TEMPAT BELI (Harga mahal & Spread Besar)

Tersalah beli emas dengan harga jauh lebih mahal dan dengan spread yang lebih besar sebagai contoh beli emas dikedai emas luar.

Kebanyakkan emas yang dijual dikedai luar harganya jauh lebih mahal dan spread lebih besar (20% – 40%). Spread yang terbaik bagi emas jenis simpanan/pelaburan (jongkong atau syiling) adalah dibawah 10%.

Kadar spread bagi produk Public Gold

Bila kita dah tersalah beli, kita akan rugi dari segi modal pembelian. Sedangkan dengan modal yang besar kita keluarkan itu, kita boleh dapat jumlah gram yang lebih berbanding beli ditempat yang salah itu.

Sebab itu saya selalu mengingatkan kepada pembeli emas yang meminta pendapat dari saya, agar kenalpasti dulu tentang harga dan spread bagi sesuatu produk yang nak dibeli. Adakah harga & spreadnya berbaloi untuk dibeli?

# BELI EMAS SYARIKAT TAK BAGI JAMINAN 100% BELI BALIK

Jika kita beli emas ditempat yang tidak beri jaminan beli balik 100%, risiko kita rugi adalah lebih besar berbanding untung.

Public Gold memberi jaminan beli balik walaupun emas telah rosak (kredit pemilik emas)

Sebagai contoh katakanlah emas yang kita beli disimpan dan didapati rosak masa nak jual semula, tempat asal kita beli emas itu tidak menerima emas yang telah berkeadaan rosak (tidak seperti asal).

Kita terpaksa jual ditempat lain dengan kadar spread jauh lebih besar dari tempat asal kita beli. Emas itu akan dikira pada kadar harga emas terpakai. Jadi ianya lebih merugikan kita kelak malah menyusahkan kita juga.

Sebab itu sebelum membeli emas kita perlu ambil kira kriteria-kriteria lain sebelum beli emas. Nak beli emas bukan hanya lihat pada harga semata, tapi lihat ia sekali dengan secara berpakej.

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *