BELAJAR SEBAGAI PENYIMPAN EMAS DULU

BELAJAR SEBAGAI PENYIMPAN EMAS DULU

Strategi “Buy Low, Sell High” tak sesuai bagi sesiapa yang beli emas dengan modal kecil. Saya tak galakkan sahabat yang beli emas dibawah bimbingan saya dengan modal kecil letak strategi begini. Sebabnya ia tak berbaloi, buang masa untuk menunggu nilai pelaburan tu meningkat.

Saya lebih galakkan sahabat yang beli emas dengan modal kecil letakkan matlamat sebagai simpanan saja dulu. Jangan fikir pelaburan lagi. Kalau nak untung berbaloi, lebih baik kita fokus kepada bisnes. Bisnes lebih berbaloi berbanding pelaburan.

Kata pakar kewangan iaitu Azizi Ali, kalau nak kaya, fokus 70 peratus waktu kita dalam bisnes manakala 30 peratus lagi pelaburan. Jangan buang masa menghadap pelaburan kerana untung daripada bisnes jauh lebih besar daripada pelaburan.

Bukan bisnes emas saja, apa-apa bisnes pun lebih menguntungkan berbanding menunggu untung pelaburan. Kalau fokus bisnes nak untung 100% tu bukan mustahil, tapi kalau pelaburan belum tentu dapat untung 100%. Kalau ada yang tawarkan untung pelaburan 100%, nasihat saya cepat-cepat angkat kaki cabut lari.

Kemungkinan besar ianya adalah SKIM CEPAT LINGKUP.

Kesimpulannya nak jadi kaya dengan emas bukan fokus pada pelaburan, tapi fokus kepada simpanan dulu. Lebih banyak kita simpan, inshaa Allah lebih kaya kita dimasa depan.

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *