MENYIMPAN ITU SUKAR TAPI TAK MUSTAHIL

MENYIMPAN ITU SUKAR TAPI TAK MUSTAHIL

Saya pasti ramai antara kita akui sukar nak simpan duit, lagi banyak nampak duit lagi fikir macam-macam nak dibeli (dibelanja). Selagi duit tak habis selagi tu tak pernah puas nak belanja. Syiok berbelanja bila nampak duit itu sememang fitrah bagi setiap manusia termasuk saya sendiri.

Kalau ada simpan duit di bank mesti selalu belek buku bank sebab seronok tengok angka (RM) yang banyak. Emosi yang macam ni selalunya sukar kita nak padam dari fikiran. Kejap-kejap ke bank keluar sikit-sikit duit tu dan lama kelamaan duit tu pun habis.

Setiap orang yang ada penyakit macam ni, selalunya guru-guru kewangan sarankan perlunya ada “akaun simpanan untuk dilupakan”. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai forgotten saving. Simpan, dan lupakan terus tanpa diingat lagi.

Forgotten saving ini bagus sebab ia dapat memastikan duit simpanan kita tidak bocor malah sentiasa bertambah. Jangan di belek lagi buku akaun tu, nak lagi bagus buang saja buku tu atau hantar (pos) balik kampung supaya ia dapat menyulitkan kita untuk keluarkan duit.

Mungkin cara macam ni pun agak sukar untuk dipraktikkan diantara kita, ada satu lagi cara yang saya yakin boleh selesaikan masalah sukar nak menyimpan iaitu tukar duit kepada emas.

RASA TAK BERDUIT

Saya mula simpan emas sejak tahun 2012 dan emas tu kekal ada dalam simpanan saya sehingga kini. Apa yang saya dapati antara cara berkesan untuk simpan duit ialah simpannya dalam bentuk emas. Emas dapat mengelakkan kebocoran simpanan.

Emas boleh dijadikan sebagai forgotten saving yang baik sebabnya emas tiada nombor (RM) hanya dalam kiraan gram saja. Nombor-nombor RM yang selalu mengganggu emosi kita untuk menyimpan dapat dihilangkan dari pandangan.

Kita tak lagi ambil tahu berapa nilai simpanan kita kecuali tiba masanya untuk keluarkan zakat jika ia sudah mewajibkan berzakat.

Kita tidak akan merasakan diri kita ni berduit walaupun hakikatnya emas tu adalah duit kita. Kita akan lupakan niat untuk berbelanja dengan sesuka hati lagi selepas menyimpan emas. Kalau nak jual pun saya pasti kita akan ada rasa sayang. Bila perasaan sayang tu ada, kita ada tempoh masa untuk bertenang sebelum menjual emas kita.

“Simpan dulu, Belanja Kemudian”..

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *