TAFSIRAN UNTUNG SIMPAN EMAS

TAFSIRAN UNTUNG SIMPAN EMAS

Soalan yang sering saya terima daripada pembeli atau bakal pembeli emas adalah “Dimana yang dikatakan untungnya simpan emas ni?” Beli simpan, beli simpan dimana untungnya jika dilihat dari mata kasar.

Sebelum tu saya nak bagitahu, secara asasnya pembeli emas ni ada 3 posisi utama iaitu PENYIMPAN EMAS, PELABUR EMAS & PENIAGA EMAS. Disetiap posisi tu tafsiran keuntungannya berbeza mengikut kesesuaian masing-masing.

Saya huraikan secara ringkas keuntungan sebagai pembeli emas mengikut setiap posisi.PEYIMPAN EMAS

Sebagai penyimpan emas biasanya fokus utama mereka adalah pada pertambahan gram dalam simpanan. Fokus mereka bukannya pada jumlah duit (RM). Mereka akan menyimpan emas dalam jangkapanjang.

Mereka tidak kisah pada pergerakkan harga emas. Naik turun harga emas tidak dihiraukan (tak perlu pantau harga). Yang penting bila ada lebihan duit terus tukar kepada emas supaya selamat dari duit tu digunakan.

Bila harga emas naik mereka tetap senyum sebabnya emas dalam simpanan mereka bertambah nilai (mahal). Bila harga emas turun ianya satu bonus bagi penyimpan emas kerana dapat tambah gram simpanan pada harga murah.

Mereka akan jual semula emas bergantung pada matlamat mereka. Sebagai contoh telah capai matlamat simpanan nak kerjakan haji/umrah, maka mereka akan jual semula emas dalam simpanan untuk dijadikan modal.

PELABUR EMAS

Pelabur emas ni biasanya beli emas hari ini dan akan jual semula pada harga tinggi kelak. Fokus utama mereka adalah pada duit (RM). Mereka akan pastikan modal yang digunakan untuk beli emas mesti semakin bertambah.

Sebagai contoh beli emas 100gram dengan harga RM15,000, apabila harga emas naik menjadi RM17,000 dan capai target yang diinginkan mereka akan jual emas tu. Maka perbezaan harga beli dan harga jual RM2000 tu adalah untung bagi mereka.

Dengan modal yang sama RM15000 mereka akan beli emas semula untuk kaut keuntungan dari kenaikkan harga emas. Proses yang sama mereka akan ulangi “Beli>Jual“. Gram yang mereka beli akan semakin berkurangan disebabkan harga emas sudah semakin mahal waktu itu.

Tapi perlu ingat teknik ini tidak semudah teori kerana sebagai seorang pelabur emas perlu tahu serba sedikit ilmu Analisis Teknikal Harga Emas supaya tahu dimana harga terbaik untuk beli dan untuk jual untuk memaksimakan keuntungan.

PENIAGA EMAS

Bagi posisi sebagai peniaga, gram emas dan juga keuntungan dalam bentuk duit (RM) boleh dapat sekali gus. Ini disebabkan keuntungan dari hasil jualan boleh ditukarkan jadi gram emas untuk simpanan sendiri.

Kebiasaannya keuntungan sekali gus ini dapat bila bergelar dealer atau agen emas bagi sesuatu syarikat. Sambil mengumpul emas dapat juga menjana keuntungan RM hasil daripada perniagaan emas.

Emas bertambah, duit pun bertambah banyak. Inshaa Allah.

Jadi kesimpulannya, kita sebagai pembeli emas atau bakal pembeli emas perlu tahu atau tentukan dimana posisi yang bersesuaian dengan diri kita sebelum membeli emas. Dan kita juga perlu tahu apakah matlamat kita sebagai pembeli emas.

“Emas ini hanyalah alat untuk kita capai matlamat bagi setiap posisi”

Khaja Nazimudeen 

Ipoh, Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *