Sebenarnya jika kita kaji betul-betul emas adalah lebih bagus digunakan sebagai alat pembayaran berbanding duit kertas. Ini kerana emas adalah penyimpan nilai paling “ampuh” dalam sejaarah manusia.
Emas juga boleh dikategori sebagai unit pengukur nilai yang lebih adil berbanding duit kertas.
Tidak seperti duit kertas dimana nilainya ditentukan oleh jaminan kerajaan dan kekukuhan sesebuah kerajaan pemerintah. Sedangkan emas dipegang kukuh oleh berat dan ketulenan semata tanpa perlu jaminan sesuatu.
Duit kertas ada “tarikh luput” tidak seperti emas. Emas jika disimpan bertahun-tahun lamanya ia tetap laku. Nilainya tidak ada sempadan negara mahupun waktu. Bawalah ia kemana saja didunia, pasti ia diterima orang sebagai aset yang bernilai.
Ia tidak boleh musnah (dibinasakan) dalam pelbagai cara sekalipun berbanding duit kertas. Ia tetap laku walau dalam pelbagai rupa (kemek, bengkok, calar ataupun habuk).
Dengan adanya ciri-ciri yang diperkatakan tu, ia boleh berfungsi sebagai duit yang jauh lebih baik berbanding duit kertas yang kita gunakan hari ini.
Khaja Nazimudeen
Ipoh, Perak.