Lakarkan Impian

Lakarkan Impian

Selama ni saya tak pernah terfikir tentang impian hidup. Saya lalui hari-hari dalam kehidupan ni hanya go with the flow. Tanpa tujuan atau matlamat yang jelas.

Sehingga satu hari saya dan isteri ambil keputusan untuk menghadiri satu kelas bisnes di Kuala Lumpur. Kelas Rahsia Dealer Emas 3.0 yang dikendalikan oleh Encik Mohd Zulkifli Shafie dan Encik Syukor Hashim (kini antara mentor hebat dalam Public Gold).

Antara soalan yang diajukan En. Mohd Zulkifli ketika itu ialah “jika anda ada masa 6 bulan saja untuk hidup, apa yang anda mahu lakukan?” Pelbagai respon diberikan oleh semua yang hadir. It turns out apa yang kami catatkan, itulah impian kami sebenarnya. Tak ramai antara kita yang tahu kan?

Impian adalah apa yang kita nak lakukan, apa yang kita nak capai dalam hidup ni. Impian boleh jadi apa saja. Nak merasa keliling dunia, nak ada rumah besar, nak pergi naik cruise dan apa saja (asalkan tercapai dek akal manusia lah). Jadi sahabat, mulalah melakar impian hidup kita.

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *