Walaupun isteri saya seorang peminat tegar emas (barang kemas), tapi tak pernah terlintas untuk kami jadikan emas sebagai simpanan.

Tak pernah tahu tentang gold bar atau dinar (gold coin). Tak pernah kisah pun pasal simpanan atau macam mana nak uruskan duit sebenarnya.

Sehinggalah kami diperkenalkan dengan emas Public Gold oleh sahabat saya Encik Zaba Ahmad. Kami ni sama-sama kerani sekolah cuma duduknya di sekolah berlainan. Ada sekali tu, kami jumpa atas urusan kerja (tarikh tak ingat tapi tahun 2011 lah) dan ketika itulah pertama kali saya tengok dan pegang gold coin 1 dinar (2keping).

Betullah orang kata emas ni ada aura yang tersendiri. Ia mampu menarik minat sesiapa saja yang menyentuhnya. Balik rumah, malam tak boleh tidur. Teringat-ingat pesanan Zaba “simpan emas Khaja, untungnya bukan sekarang tapi tahun2 yang akan datang..tak rugi“.

Lepas bincang dengan isteri dan kaji serba sikit tentang Public Gold kami nekad untuk mula simpan emas. Saya keluarkan duit tabung haji yang tak seberapa tu dan mula membeli sekeping gold bar 20gm dengan bantuan Encik Zaba.

Maka bermulalah kisah kami suami isteri sebagai PENYIMPAN EMAS.

my 1st gold bar

Gold Bar keluaran Public Gold yang lama ni boleh dikeluarkan dari casingnya. Feel nya lain bila dapat pegang di tangan”

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *