Kerjaya

Kerjaya

Saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang “ada-ada”. Keluarga kami sederhana. Abah penarik beca, mak pula banyak buat kerja dari rumah (ambil upah menekat dan sebagainya).

Kerana itu, dari kecil lagi saya telah belajar bekerja. Saya pernah ambil upah kopek ikan bilis dan buat sate hanya sebab nak ada duit belanja sekolah. Masuk sekolah menengah saya tolong cikgu jual kebab di pasar malam, buat kerja banci, tolong abang buat kerja buruh. Upahnya tak la seberapa, tapi lepas la buat beli “apa-apa” untuk diri sendiri.

Habis sekolah saya kerja di sebuah pasaraya di Teluk Intan sebagai store boy. Alhamdulillah gaji yang saya dapat masa kerja di situ membolehkan saya mengambil lesen memandu. Tak payah mintak duit kat abah. Selepas tu, dapat pula jadi kerani di sebuah Company Secretary.

Saya berkahwin pada tahun 2008 dan sekali lagi Pujian buat Allah,  beberapa bulan selepas nikah saya ditawarkan kerja kerajaan. Sehinggalah sekarang saya masih menyandang jawatan hebat; Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi N19 a.k.a Kerani.

Oleh kerana saya bertugas di sebuah sekolah di Batu Gajah (SJKC Gunung Hijau, Pusing) maka saya adalah seorang Kerani Sekolah.

“Terima Kasih Allah”

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *