Kenapa Mesti Simpan Emas?

Kenapa Mesti Simpan Emas?

Masih ramai antara kita yang tak faham “kenapa mesti simpan emas”. Dah la nak beli mahal, takut pulak nak simpan (diaorang kata bukan saya kata). Antara sebabnya ialah, kita dah kenal dengan “duit” (kertas & syiling) sejak dari kecil lagi.

Duit menjadi medium pertukaran kita sehari-hari dalam hampir semua aspek kehidupan. Belanja, menabung, beramal (sedekah) dan lain-lain, semuanya dengan duit.

Kita tak pernah tahu pun akan sejarah kewujudan duit itu dan kita tak tahu pun yang Emas (dan Perak) adalah duit yang digunakan Rasulullah s.a.w (wang sunnah).

Kita juga lupa, sejarah ada mencatatkan zaman kejatuhan matawang kertas yang terjadi di seluruh dunia termasuk Tanah Melayu.

Emas ni mempunyai aura yang tersendiri. Siapa yang biasa dengannya walaupun cuma sebentuk cincin pasti dapat rasakan aura itu. Emas memberikan pemakainya sensasi rasa manis dan anggun pada penampilan (oopss…wanita tulen saja ye).

Emas juga bila disimpan, menjadi umpama magnet menarik kekayaan. Jadikan penyimpannya rasa sentiasa berduit (kaya).

Menurut Mahaguru Emas saya iaitu Encik Syukor Hashim (beliau merupakan satu nama besar dalam industri pelaburan emas di Malaysia) kita mesti menyimpan emas antaranya kerana :
+ Emas tidak boleh dicipta
+ Emas tidak boleh dimusnahkan
+ Emas kekal bernilai sepanjang zaman

Dengan sebab diatas, jadikan emas sebagai simpanan dapat menjamin simpanan masa depan kita kekal bernilai. Ia mempunyai reputasi sebagai penyimpan nilai yang sangat hebat.

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *