Apa khabar semua? Saya Khaja Nazimudeen Yaacop. Boleh panggil Khaja je. Saya dilahirkan dalam keluarga besar dengan 8 orang adik beradik pada 16 Jun 1985.

Abah saya dulunya seorang penarik beca di Teluk Intan, Perak(tempat saya lahir dan membesar) manakala mak saya seorang suri rumah berkerjaya.

Sekarang saya tinggal di Ipoh, Perak bersama isteri tersayang i.e. Siti Rosniza Mohamad Amir, serta 7 ekor “anak-anak bulus” yang menjadi peneman kami.

Alhamdulillah, berkat jasa dari mak yang tak pernah putus mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anak, mendorong saya menjadi Khaja pada hari ini. Tak lupa pada guru-guru,mentor-mentor,serta rakan-rakan yang sentiasa supportive untuk saya berjaya dunia dan akhirat.

Khaja Nazimudeen

Ipoh, Perak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *