Kebanyakkan diantara kita bila sebut arrahnu saya yakin ramai tahu ia adalah agensi Pinjaman Wang berlandaskan Syariah. Tapi adakah kita tahu sebenarnya pinjaman di Arrahnu ini mengenakan faedah yang tinggi?
Kadar pinjaman di agensi Arrahnu boleh mencecah sehingga 16% setahun. Kenyataan ini ditulis oleh Tuan Azizi Ali Mentor Wang diruang facebook beliau tempoh hari.
Dalam posting tersebut juga ada menceritakan tentang teknik memanipulasi sistem arrahnu. Sebenarnya tiada istilah teknik memanipulasi gunakan platform arrahnu. Platform arrahnu hanya digunakan semasa waktu kecemasan ketika memerlukan wang tunai.
Dan dalam beberapa segera emas yang digadai/dipajak perlu dikeluarkan supaya penggadai/pemajak tidak menanggung hutang iaitu wang yang dipinjam serta upah simpan yang majoriti arrahnu kira dalam kiraan bulanan.
Upah simpan ini dikira mengikut peratus (%) dari kadar nilai Marhun emas yang digadai/dipajak dan peratus (%) faedah upah simpan bergantung kepada setiap agensi Arrahnu (berbeza setiap arrahnu).
Jadi sebelum ingin memajak/menggadai emas, fikirkan sebaiknya adakah ianya berbaloi atau adakah kita ada duit yang boleh menebus semula emas tersebut agar ia tidak dilelong dikemudian hari.
Khaja Nazimudeen
Ipoh, Perak
Terbaik Tuan. Betul. Ilmu dalam memajak ini penting. Lebih-lebih dalam memilih tempat pajak yang betul. Ada banyak aspek perlu diberikan. Nak memajak itu senang. Tapi nak memajak dengan ilmu yang betul itu perlukan pengalaman dan nasihat. Paling mudah dari Tuan Khaja.
Terima kasih Cikgu Ihzam. Pemikiran orang lama bila dapat tau seseorang pergi pajak barang ialah “mesti tengah sesak duit la ni”. Hakikatnya zaman sekarang, memajak bukan lagi kerana kesempitan, tapi kebanyakkannya sebagai pusingan modal perniagaan. Dengan ilmu, segalanya smooth.